Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CASE beri amaran penipuan pancing data menerusi emel menyamar sebagai pegawai

Anggaran Waktu Membaca:
CASE beri amaran penipuan pancing data menerusi emel menyamar sebagai pegawai

Gambar: Persatuan Pengguna Singapura (CASE)

SINGAPURA: Persatuan Pengguna Singapura (CASE) memberi amaran kepada orang ramai tentang penipuan pancingan data melibatkan emel yang menyamar sebagai pegawainya.

Sekurang-kurangnya 13 kes sedemikian dilaporkan dalam tempoh tiga hari.

Dalam satu kenyataan media pada Selasa (24 Jan), CASE menyatakan emel tersebut mengandungi logo persatuan itu, termasuk nombor tiket palsu untuk permohonan tuntutan atau pertikaian.

Penerima diarah klik pada ikon sembang untuk mengakses laman pihak ketiga bagi menerima kemas kini atau pampasan kewangan.

E-mel berkenaan dihantar daripada alamat emel berbeza seperti ‘odoo [at] compueconomicos.com’, ‘wilson [at] v3.sg’, dan ‘bhm200025 [at] sdh.sg’.

Antara nama penghantar termasuk ‘Lim Kong Ting SG Feedback’.

CASE menyatakan memandangkan alamat emel itu bukan milik CASE dan kerana emel itu bukan berasal dari CASE, pihaknya tidak dapat memastikan bilangan pengguna yang terjejas.

Dari 21 hingga 24 Januari, bagaimanapun ia sudah menerima 13 laporan.

Semakan sudahpun dilakukan pada sistem IT dan pangkalan datanya dan mengesahkan bahawa ia kekal selamat dan tidak terjejas.

Siasatan lanjut sedang dijalankan dan perkara itu dilaporkan kepada polis.

Kes menasihatkan pengguna yang menerima pemberitahuan emel yang serupa supaya tidak mengklik pada pautan atau ikon sembang dan tidak mendedahkan maklumat peribadi dan butiran bank kepada mana-mana pihak ketiga.

"CASE tidak akan membawa pengguna menerusi emel atau sembang langsung untuk melayari laman web lain bagi menerima maklumat terkini mengenai kes mereka atau menerima pampasan kewangan," tambah kenyataan itu.

Beberapa penipuan pancingan data termasuk khidmat awam dilaporkan baru-baru ini.

Pada Jumaat (20 Jan), Pejabat Perkhidmatan Perbandaran (MSO) memberi amaran kepada orang awam mengenai penipuan pancingan data yang mana melibatkan kod QR palsu yang kononnya menyediakan khidmat online bagi para penduduk menghantar maklum balas dan aduan mereka.

Kod QR palsu itu yang kononnya adalah kod QR OneService (OS) Lite, sebaliknya membawa pengguna ke laman pancing data yang meminta maklumat peribadi, menurut MSO.

Sesiapa saja yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah sedemikian boleh menghubungi polis di 1800-255-0000 atau menghantar maklum balas secara online di laman www.police.gov.sg/iwitness.
Sumber : Today/LL/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan