Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CASE: 387 aduan harga tinggi pelitup muka, termometer, cecair pembersih tangan

Antara 1 Januari tahun ini hingga Isnin (17 Feb), Persatuan Pengguna Singapura (CASE) menerima 387 aduan mengenai harga tinggi bagi pelitup muka, termometer dan cecair nyah kuman di tengah-tengah penularan virus korona COVID-19. 

Anggaran Waktu Membaca:
CASE: 387 aduan harga tinggi pelitup muka, termometer, cecair pembersih tangan
Diterbitkan : 17 Feb 2020 10:52PM Dikemas Kini : 17 Feb 2020 10:54PM

SINGAPURA: Antara 1 Januari tahun ini hingga Isnin (17 Feb), Persatuan Pengguna Singapura (CASE) menerima 387 aduan mengenai harga tinggi bagi pelitup muka, termometer dan cecair nyah kuman di tengah-tengah penularan virus korona COVID-19.

Pengarah Eksekutif CASE Loy York Jiun memberikan jumlah itu dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp.

Isu mengenakan harga tinggi itu menyusuli lonjakan dalam permintaan bagi barang-barangan yang dicari sedang orang ramai berebut untuk menyiapkan diri mereka dalam perjuangan terhadap virus itu. Kes pertama COVID-19 dilaporkan di Singapura pada 23 Januari.

Sebotol cecair pembersih tangan Dettol 50 mililiter didapati dijual pada harga antara S$5 dengan S$7 di beberapa kedai di Chinatown dan Little India iaitu sekurang-kurangnya seganda harga runcit biasa. Produk itu sudahpun habis dijual di kebanyakan farmasi dan pasar raya.

Anggota Parlimen bagi GRC Nee Soon Louis Ng juga menarik perhatian di Facebooknya tentang sebuah kedai yang menjual 20 pelitup pada harga S$138.

Sebagai perbandingan, harga senarai Watsons Online bagi sekotak pelitup pembedahan sebanyak 10 keping adalah S$2.50.

Encik Loy berkata bahawa pengguna yang ingin melaporkan atau memberikan maklum balas tentang harga tinggi pelitup muka, termometer dan cecair pembersih tangan oleh peruncit tidak perlu membayar yuran kepada CASE.

Beliau berkata pengguna, yang merasakan mereka diperdaya apabila membeli produk-produk itu dan ingin mendapatkan wang pengembalian, boleh memfailkan aduan supaya CASE boleh membantu mereka.

Bagi kes-kes sedemikian, yuran nominal lazimnya dikenakan oleh CASE. Tetapi ia dikecualikan bagi sesetengah pengadu seperti para pemegang kad PAssion.  

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan