Casa Raudha seru pelaku dera tampil dapatkan bantuan agar kitaran keganasan rumah tanggga dapat dihentikan
Anggaran Waktu Membaca:
- Satu aspek penting yang sering tidak diberi perhatian ialah pelaku juga memerlukan sokongan dan bantuan profesional untuk menghentikan kitaran keganasan dalam jangka masa panjang.
- Membantu pelaku untuk berubah adalah langkah penting ke arah memutuskan rantaian penderaan.
- Jumlah kes baharu penderaan kanak-kanak berisiko tinggi pada 2024 meningkat sebanyak 14.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.
- Usaha mengurangkan kes keganasan rumah tangga menurut Cik Zaharah memerlukan kerjasama masyarakat dan bukan sahaja pertubuhan-pertubuhan.
SINGAPURA: Setiap kali isu penderaan dibangkitkan, tumpuan lazimnya diberikan kepada mangsa, sesuatu yang sememangnya wajar.
Namun, satu aspek penting yang sering tidak diberi perhatian ialah pelaku juga memerlukan sokongan dan bantuan profesional untuk menghentikan kitaran keganasan dalam jangka masa panjang.
Demikian ditekankan Pengarah Eksekutif Casa Raudha, Zaharah Ariff.
Menurutnya, membantu pelaku untuk berubah adalah langkah penting ke arah memutuskan rantaian penderaan.
“Dengan apa yang saya lihat, banyak pelaku, mereka ingin menyelamatkan rumah tangga. Saya rasa tidak ada orang yang berkahwin untuk perceraian. Jadi mungkin kelakuan mereka begitu kerana latar belakang atau cara mereka membesar. Mereka ingin berubah tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk berubah,” jelas beliau.

Cik Zaharah menarik perhatian bahawa beberapa pertubuhan di sini yang ingin menghulurkan bantuan kepada pelaku.
“Saya percaya banyak badan-badan yang ingin membantu, Casa Raudha salah satu daripadanya. Kami ingin membantu pelaku mendapatkan perkhidmatan supaya mereka sedar apa yang mereka lakukan tidak boleh berterusan dan perlu dihentikan.
"Demi kebahagiaan rumah tangga, demi anak-anak yang membesar dan kebahagiaan mereka sendiri sebagai seorang manusia yang ingin merasakan kenikmatan rumah tangga," kata Cik Zaharah.
RASA TAKUT DAN MALU ELAK PELAKU DAPATKAN BANTUAN
Menurut beliau, stigma terhadap pelaku sering menyebabkan mereka merasa terasing dan enggan tampil untuk mendapatkan bantuan.
Meski begitu, Cik Zaharah menekankan bahawa langkah pertama ke arah perubahan bermula dengan keberanian untuk mengakui keperluan mendapatkan sokongan.
“Mereka boleh ke hadapan. Tidak perlu rasa takut, tidak perlu rasa malu. Bila kita mahu buat sesuatu untuk kebaikan, kita ke hadapan, kita harus sama-sama mendapatkan bantuan,” katanya.
Beliau juga menegaskan bahawa campur tangan awal terhadap pelaku tidak bermaksud mengabaikan mangsa, sebaliknya merupakan strategi jangka panjang untuk menghentikan penderaan secara menyeluruh.
KES KEGANASAN RUMAH TANGGA MENINGKAT
Tumpuan terhadap kes keganasan dalam keluarga ini menyusuli laporan terkini Trend Keganasan Rumah Tangga yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) yang diterbitkan pada Rabu (10 Dis).
Laporan itu antara lain mendapati jumlah kes baharu penderaan kanak-kanak berisiko tinggi pada 2024 meningkat sebanyak 14.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Terdapat 2,303 kes baharu pada tahun lalu, berbanding dengan 2,011 kes yang dilaporkan pada 2023.
Laporan Trend Keganasan Rumah Tangga itu turut menggariskan trend-trend utama bagi kes penderaan kanak-kanak, penderaan pasangan, penderaan warga emas, penderaan golongan dewasa yang rentan dan kes pengabaian diri.

Menurut Cik Zaharah, jumlah kes yang meningkat disebabkan kesedaran yang lebih meluas dalam masyarakat mengenai isu-isu penderaan.
"Orang ramai kini lebih berani untuk melaporkan kes kerana mereka memahami bahawa tindakan awal boleh membantu mangsa dan mencegah penderaan dari berterusan. Kempen kesedaran, media sosial dan pendidikan juga menyumbang kepada peningkatan keberanian ini," kongsi Cik Zaharah.
Meski begitu, masih terdapat pelbagai halangan yang menyebabkan sesetengah mangsa tidak tampil mendapatkan bantuan.
“Ada beberapa faktor yang boleh menghalang laporan, termasuk salah satunya rasa takut kepada pelaku atau akibat sosial. Mereka ragu-ragu sama ada kes itu cukup serius untuk dilaporkan kerana banyak masyarakat kita yang akan merasa mungkin, 'Adakah kita fitnah?' atau 'kalau saya laporkan, adakah keluarga ini akan bercerai?'
"Ada yang tidak tahu kepada siapa atau bagaimana cara untuk membuat laporan. Ada yang rasa, 'kalau kita lapor pada polis nanti nak kena turun (balai)'," kongsi Cik Zaharah.
Beliau turut menekankan bahawa stigma dan faktor budaya kekal menjadi cabaran utama.
PERANAN CASA RAUDHA DALAM MEMPERKASA KESEDARAN MASYARAKAT
Usaha mengurangkan kes keganasan rumah tangga menurut Cik Zaharah memerlukan kerjasama masyarakat dan bukan sahaja pertubuhan-pertubuhan.
Casa Raudha menjalankan pelbagai bentuk sokongan awal dan pendidikan masyarakat.
“Kami menyediakan pendidikan dan kempen-kempen kesedaran tentang penderaan dan hak mangsa, menawarkan sokongan awal, tempat perlindungan sementara dan bimbingan untuk keluarga.
"Untuk memperluas jaringan sokongan masyarakat supaya jiran, rakan dan keluarga tahu bagaimana untuk bertindak. Melatih sukarelawan untuk mengenal pasti tanda-tanda penderaan dan memberi panduan apa yang mereka boleh lakukan," kata Cik Zaharah.

Beliau berharap usaha yang dijalankan akan mendorong lebih ramai untuk memberanikan diri dan melaporkan kes dengan segera.
“Dengan cara begini bila masyarakat tampil ke hadapan untuk campur tangan awal, mereka menunjukkan rasa belas kasihan, rasa peka dan ingin membantu sebagai rangkaian sokongan bagi mangsa.
"Jadi Casa Raudha dan lain-lain badan, kita tidak keseorangan dalam perjalanan ini, kita nak lalui perjalan ini dengan mangsa dan kita juga ingin melihat orang ramai bekerjasama dengan kami.
Dengan ini, kes penderaan dapat dikurangkan dan kesejahteraan keluarga dapat dipertingkatkan dalam jangka masa panjang.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.