The Carnival Fair didenda S$55,000 kerana pasang permainan hiburan tanpa permit
Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Negara di Singapura. (Gambar fail: Jeremy Long)
SINGAPURA: Sebuah syarikat perancangan acara karnival didenda S$55,000 oleh sebuah mahkamah pada Khamis (6 Nov) kerana memasang permainan hiburan tanpa permit pemasangan yang diperlukan.
Seorang pengarah di The Carnival Fair mengaku bersalah terhadap dua tuduhan di bawah Akta Keselamatan Permainan Hiburan, dengan tuduhan ketiga dipertimbangkan dalam menentukan hukuman.
Permainan hiburan itu adalah "simulator meluncur ombak" yang dipasang dan beroperasi di sebuah acara bernama "Sand-Tas-Tic Seaside" di Sembawang Shopping Centre dan permainan "go-kart elektrik" di acara berkelah Families For Life Picnic di Taman di Pesisiran.
Mahkamah diberitahu bahawa Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) dimaklumkan pada 28 Mei 2022 bahawa permainan simulator meluncur ombak itu dipasang dan beroperasi tanpa sebarang permit pemasangan oleh Pesuruhjaya Keselamatan Permainan Hiburan.
Siasatan mendapati permainan itu dimiliki oleh The Carnival Fair, yang memasangnya sehari lebih awal tanpa kebenaran oleh permit pemasangan yang sah.
Sebelum acara itu, tiada seorang pun kakitangan The Carnival Fair menghadiri sebarang latihan, kursus atau taklimat berkaitan dengan operasi selamat permainan hiburan itu.
Tiada seorang pun daripada mereka melakukan sebarang bentuk pemeriksaan mengenai keperluan mendapatkan permit untuk memasang dan mengendalikan permainan simulator meluncur ombak itu, mahkamah diberitahu.
Syarikat itu dikenakan amaran bersyarat selama 12 bulan atas pelanggaran itu.
LAKUKAN KESALAHAN SEKALI LAGI DI ACARA BERKELAH
Sungguhpun demikian, BCA dimaklumkan pada 11 Mac 2023 bahawa syarikat itu memasang dan mengendalikan permainan hiburan di acara berkelah Families for Life Picnic di Taman di Pesisiran tanpa memiliki permit pemasangan dan operasi yang sah.
Acara itu adalah acara sehari penuh yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).
Para pegawai BCA mengunjungi tempat itu pada hari yang sama dan mendapati syarikat itu memasang dan mengendalikan permainan hiburan dikenali sebagai "go-kart elektrik".
Sebelum acara itu, tiada seorang pun kakitangan syarikat itu menghadiri sebarang latihan, kursus atau taklimat berhubung pemasangan atau pengendalian permainan hiburan secara selamat.
Mereka juga tidak menjalankan sebarang pemeriksaan mengenai keperluan permit untuk memasang dan mengendalikan permainan tersebut.
Selain itu, The Carnival Fair juga tidak melibatkan sebarang penilai luar untuk menyelia dan mengkaji semula piawaian keselamatan bagi permainan go kart itu.
Kesemua pemeriksaan keselamatan dilakukan secara dalaman.
Pihak pendakwa memohon denda antara S$58,500 dengan S$67,500 untuk syarikat itu, sambil menyatakan kesalahan kedua adalah lebih berat kerana syarikat itu sudah pun diberikan amaran bersyarat untuk kesalahan pertama.
Terdapat juga unsur bahaya yang ketara, terutamanya memandangkan rangka kerja peraturan wujud justeru untuk mencegah insiden keselamatan melalui pengawasan dan pensijilan profesional yang wajib, kata pendakwa raya.
Kedua-dua permainan hiburan juga dikendalikan di acara yang dihadiri ramai orang yang menyasarkan kanak-kanak dan keluarga.
Hukuman bagi kesalahan memasang permainan hiburan tanpa kebenaran melalui permit pemasangan yang sah adalah denda maksimum sebanyak S$200,000, hukuman penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.