Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cari jalan kurangkan 'bola golf sesat' setelah pengunjung cedera di Changi Jurassic Mile

Changi Airport Group (CAG) sedang meninjau "langkah-langkah tambahan" seperti memasang jaring bagi "mengurangkan risiko bola golf" memasuki kawasan Changi Jurassic Mile. Demikian menurut CAG pada Jumaat (23 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Cari jalan kurangkan 'bola golf sesat' setelah pengunjung cedera di Changi Jurassic Mile

Changi Jurassic Mile di Singapura, bersebelahan dengan Tanah Merah Country Club Garden Course pada 23 Okt 2020. (Gambar: Tiffany Ang)

Diterbitkan : 23 Oct 2020 08:59PM Dikemas Kini : 23 Oct 2020 09:02PM

SINGAPURA: Changi Airport Group (CAG) sedang meninjau "langkah-langkah tambahan" seperti memasang jaring bagi "mengurangkan risiko bola golf" memasuki kawasan Changi Jurassic Mile. Demikian menurut CAG pada Jumaat (23 Okt).

Changi Jurassic Mile adalah sebuah pameran tetap di kawasan terbuka yang menampilkan beberapa dinosaur di kawasan Changi Airport Connector yang dibuka baru-baru ini dan menghubungkan lapangan terbang ke Taman East Coast.

Komen CAG itu, dalam respons kepada pertanyaan dari Mediacorp, dibuat menyusuli catatan Facebook oleh seorang lelaki yang berkata bahawa pembantu rumahnya terkena sebiji bola golf dari Tanah Merah Country Club ketika berjalan di laluan itu pada Khamis (22 Okt).

"Changi Airport Group menyesali kejadian malang itu, yang tidak pernah berlaku di Jurassic Mile. Bantuan dihulurkan dengan segera kepada pengunjung itu pada petang semalam, dan CAG sedang berhubungan dengan keluarga itu bagi memantau keadaannya," menurut CAG.

"CAG sedang meneliti langkah-langkah tambahan untuk terus mengurangkan risiko bola golf sesat menghala ke arah Jurassic Mile, seperti memasang jaring di kawasan berkenaan."

Sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp, Tanah Merah Country Club menyatakan ia sedang "bekerjasama rapat" dengan CAG sedang ia meninjau cara-cara "mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan di laluan itu".

"Satu kemungkinan yang sedang ditinjau adalah untuk memasang jaring di kawasan itu bagi mengelakkan berlaku kemalangan lanjut," menurut kelab itu.

Sumber : CNA/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan