'Cari haluan hidup sendiri': PM Wong kongsi impiannya buat belia SG, galak lebih ramai sumbang kepada masyarakat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Orang muda di Singapura tidak harus berasa seolah-olah mereka dipaksa untuk mengambil laluan tertentu dalam kehidupan masing-masing, kata Perdana Menteri Lawrence Wong pada Sabtu (24 Ogos).
"Impian saya bagi anda semua adalah...untuk anda mencari haluan hidup sendiri. Jangan rasa seperti anda perlu akur dengan keadaan," katanya di Forum Dasar Belia. Acara yang diadakan buat julung-julung kalinya itu disertai sekitar 1,000 belia.
"Kejar kejayaan, berusaha dan lakukan yang terbaik dalam apa sahaja yang anda pilih," tambah Encik Wong, yang juga merupakan Menteri Kewangan. "Jika anda mempunyai sikap itu, jika anda mempunyai pemikiran sebegitu, pemerintah akan mahu menyokong anda dalam apa sahaja yang anda lakukan."
Pemerintah ingin membantu golongan muda membesar dan menjadi versi terbaik diri mereka, sama ada dalam seni, sukan, penyelidikan atau perniagaan, katanya.
"Kami ingin menggalak anda semua mengejar cita-cita sendiri, dan kami akan ada di sini untuk menyokong anda, memberikan anda semangat bagi setiap langkah yang diambil," tambah Encik Wong.
Orang muda bagaimanapun perlu bersedia bekerja keras dan memainkan peranan kerana tidak semuanya akan berjalan lancar seperti yang diinginkan.
"Akan ada cabaran dan kegagalan tetapi anda perlu menerimanya - halangan, kegagalan. Semua itu akan hanya membuat anda lebih kuat jika anda menghadapinya dengan semangat yang betul," kata Encik Wong.
Dalam proses memburu impian and mengasah keupayaan, golongan belia juga digesa memikirkan rakyat Singapura yang lain.
"Sebahagian daripada mencapai impian adalah anda harus membantu orang lain untuk berjaya, kerana kita hanya boleh berjaya apabila kita sama-sama berjaya sebagai satu rakyat," katanya.
Encik Wong berkata, kehidupan seseorang itu tidak harus hanya mengenai dirinya sendiri sahaja, atau ini akan membuat mereka tidak berasa gembira atau puas hati.
"Kita tidak akan bahagia jika semuanya soal 'saya, saya, saya' kerana pada akhirnya kepuasan cuma dapat dirasakan apabila kita mempunyai tujuan dan kewajipan (yang mahu dilaksanakan)," katanya.
Pemerintah mahu menyediakan lebih banyak peluang untuk orang muda membuat sumbangan bermakna dan praktikal kepada perkara-perkara yang diminati, tambah beliau.
Di Forum Dasar Belia, beberapa panel belia yang dibentuk pada tahun lalu membentangkan saranan masing-masing mengenai cara-cara mempertingkat pengetahuan celik kewangan, meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai peluang pekerjaan di Asia Tenggara, membina dunia digital lebih selamat serta memperhebat amalan kitar semula.
Orang ramai boleh memberikan maklum balas mengenai usulan-usulan dalam draf panel, yang akan diserahkan kepada agensi-agensi pemerintah menjelang akhir tahun ini. Pemerintah akan memberikan respons kepada saranan-saranan itu pada separuh pertama 2025.
"Kami sangat serius (tentang mempertimbangkan saranan-saranan itu), dan itulah sebabnya saya di sini," kata Encik Wong di forum berkenaan, diikuti tawa para peserta forum.
Encik Wong seterusnya berkata bahawa panel-panel belia, yang memulakan usaha mereka pada November dan melibatkan 120 belia, hanya satu cara untuk mendapatkan orang muda terlibat dalam usaha menyumbang kepada pembangunan Singapura.
"Kami akan fikirkan platform-platform masa depan, peluang buat anda, dan akan ada lebih banyak lagi," katanya.
"Pokoknya, akan ada cara untuk golongan muda seperti anda menyumbang, bukan hanya untuk mencapai matlamat atau aspirasi masing-masing, tetapi kepada orang awam, untuk membentuk masyarakat yang kita inginkan di Singapura."

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.