Cara rakyat SG gunakan produk harian boleh kurangkan penggunaan air: Presiden Tharman
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Presiden Tharman Shanmugaratnam menekankan, mengubah cara kita menggunakan produk harian seperti makanan dan pakaian, boleh mengurangkan penggunaan air di tengah-tengah krisis air sedunia.
Beliau berkata demikian sewaktu melancarkan kempen penjimatan air tahunan PUB pada Sabtu (9 Mac),
yang diadakan sempena Hari Air Sedunia Singapura.
"Ada satu lagi dimensi yang kita harus mula fikirkan buat tahun-tahun mendatang, iaitu air yang kita gunakan bukan setakat apa yang keluar dari paip, tetapi apa yang kita gunakan, perabot kita dan terutama sekali, makanan dan pakaian kita.
"Makanan, pakaian, perabot, segala yang digunakan, sebenarnya menggunakan air di sesuatu tempat di dunia. Ada jejak air, seperti bagaimana ada jejak karbon dalam apa sahaja yang kami gunakan," kata Tuan Presiden.
"Kita tidak boleh ambil sambil lewa tentang kemudahan mendapatkan air bersih. Jadi platform seperti Hari Air Sedunia Singapura atau SWWD membantu kita untuk meningkatkan lagi kesedaran tentang pentingnya setiap titik air dan juga menggalakkan masyarakat untuk menjimatkan air," kata Ridzuan Ismail, Ketua Pegawai Kemampana PUB.

Sumber : CNA/AI/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.