Cara kita hargai, rai budaya satu sama lain "perkara paling indah di SG", kata SM Lee Hsien Loong

Menteri Kanan Lee Hsien Loong menyertai majlis berbuka puasa di Masjid Al-Muttaqin pada 10 Mac, 2025. (Gambar: Lee Hsien Loong/Facebook)
Demikian menurut Menteri Kanan Lee Hsien Loong menerusi catatan Facebook beliau pada Selasa (11 Mac).
SM Lee berkata demikian selepas beliau menyertai majlis berbuka puasa di Masjid Al-Muttaqin pada Isnin (10 Mac).
"Saya menghargai peluang ini kerana ia adalah pengalaman yang bermakna.
"Ramadan adalah masa untuk kita mengeratkan hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan – nilai-nilai sejagat yang kita semua hargai, tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama," kata SM Lee.
Menerusi catatan itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Masjid Al-Muttaqin dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) atas sambutan hangat dan layanan mesra semasa majlis tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.