Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CapitaLand, The Social Kitchen diiktiraf atas usaha tingkatkan sekitaran, masyarakat

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Nov 2022 04:55PM Dikemas Kini : 30 Nov 2022 10:16PM
SINGAPURA: Sembilan syarikat tempatan daripada kalangan 25 firma serantau dijulang atas usaha masing-masing meningkatkan sekitaran dan masyarakat.

Dipanggil Steward Leadership 25, satu sidang puncak dengan nama yang sama juga dilancarkan pada Rabu (30 Nov).

Dua puluh lima syarikat itu dipilih daripada hampir 100 penyertaan daripada seluruh rantau Asia Pasifik.

Antara syarikat yang terpilih termasuklah CapitaLand dari Singapura kerana mewujudkan ruang mampan dan juga perusahaan sosial tempatan The Social Kitchen yang diiktiraf atas amalan pengambilan pekerja secara inklusif.

Inisiatif itu dilancarkan Pusat Stewardship Asia iaitu badan yang diasaskan syarikat pelaburan Temasek Holdings.

Berucap di acara tersebut, Pengerusi Temasek berkata dunia yang cepat berubah-ubah menekankan lagi peri perlunya para pemimpin industri untuk mengamalkan tanggungjawab sosial.

"Nilai-nilai pengawasan ini memacu sikap kita dan menetapkan nada bagi para pemimpin lain. Ia harus dipatuhi semasa tempoh baik dan buruk, serta menjadi panduan bagi sikap kita semasa ketiadaan peraturan atau undang-undang," kata Pengerusi, Temasek Holdings, Lim Boon Heng.
Sumber : CNA/DY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan