CapitaLand didakwa selepas pekerja maut terjatuh dari siling di Tampines Mall
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Google Maps
SINGAPURA: Pengurusan Runcit CapitaLand didakwa pada Khamis (4 Ogos) atas kelemahan dalam keselamatan, selepas seorang pekerja hijrahan mati terjatuh dari siling palsu di Tampines Mall, lebih dua tahun lalu.
Lelaki, berusia 26 tahun dari India itu, sedang membersihkan laluan di siling atrium pusat beli-belah itu di aras empat sekitar 1.00 pagi pada 25 Jan, 2020 apabila beliau terjatuh menembusi siling ke tingkat tiga.
Dia meninggal dunia di Hospital Besar Changi (CGH) akibat kecederaan yang dialami.
Tampines Mall, di kendalikan Pengurusan Runcit CapitaLand, yang kini dikenakan tuduhan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja kerana gagal mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan pusat beli-belah itu selamat untuk semua.
Ia dituduh gagal menyediakan rel hadangan yang berkesan untuk mencegah mana-mana pihak terjatuh menembusi lubang di sepanjang laluan konkrit berkenaan.
Ia juga didakwa gagal menyediakan dan memastikan pencahayaan mencukupi dan sesuai di setiap bahagian aras kelima, di mana orang ramai lalu lalang atau bekerja.
Jika disabit kesalahan, syarikat tersebut boleh didenda sehingga S$500,000.
Kematian pekerja berkenaan, yang tidak dinamakan di dalam dokumen mahkamah atau ketika insiden itu berlaku, dipercayai adalah yang keempat berlaku di tempat kerja sejak permulaan 2020.
Syarikat Cleaning Express Pte Ltd, majikan lelaki itu, menjelaskan dalam kenyataan pada masa itu bahawa siasatan sedang dijalankan berhubung sebab beliau bekerja di bahagian tersebut meskipun sudah diberitahu jangan berbuat demikian, sejajar dengan peraturan kerja dan keselamatan.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.