Skip to main content

Singapura

Capitaland catat rekod kerugian tertinggi S$1.57 bilion

Syarikat pemaju hartanah terbesar Singapura melaporkan jumlah rekod kerugian tertinggi sebanyak S$1.57 bilion bagi sepanjang tahun lalu. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Feb 2021 09:26PM Dikemas Kini : 24 Feb 2021 10:20PM

SINGAPURA: Syarikat pemaju hartanah terbesar Singapura melaporkan jumlah rekod kerugian tertinggi sebanyak S$1.57 bilion bagi sepanjang tahun lalu.

Ia juga merupakan kerugian Capitaland yang pertama dalam tempoh dua dekad.

Namun demikian, syarikat tersebut optimistik sedang keadaan pandemik di dua pasaran utamanya iaitu Singapura dan China menjadi semakin terkawal.

Kerugian tahun lalu sebahagian besarnya disebabkan oleh penilaian semula hartanah-hartanah pelaburan dan kos kerugian bernilai hampir S$2.5 bilion.

Ini berbanding keuntungan S$2.1 bilion pada 2019.

Ia juga terjejas oleh pendapatan yang berkurangan dari operasi runcit dan penginapan di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Memandang ke hadapan, Capitaland menjangkakan aliran tunainya yang kukuh untuk mengharungi pandemik sekarang.  

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita