Capai pelepasan sifar karbon satu peluang ekonomi, kepentingan moral: Duta Tindakan Iklim SG
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Duta Singapura bagi Tindakan Iklim Ravi Menon pada Jumaat (21 Feb) berkata mencapai pelepasan sifar karbon bukan satu kewajipan antarabangsa, tetapi ia adalah peluang ekonomi yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Encik Menon menambah, ia juga adalah 'kepentingan moral' untuk melindungi masa depan generasi akan datang.
Encik Menon berkata demikian di acara Ecosperity Conversations anjuran Temasek dengan kerjasama PwC Singapore pada Jumaat (21 Feb).
Beliau menarik perhatian kepada tiga faktor yang memacu tindakan iklim secara global iaitu politik, ekonomi dan alam semula jadi.
Encik Menon memberi amaran di tengah-tengah faktor politik dan ekonomi sedia ada, alam semula jadi yang akhirnya akan menjadi penentunya.
"Garis masa tidak ditentukan oleh kitaran pilihan raya atau naik turun kos; ia ditentukan oleh alam semula jadi," kata Encik Menon.
"Sama ada kita sebuah negara atau syarikat, lebih lama kita tangguhkan tindakan, lebih porak peranda peralihannya untuk kita."
Encik Menon yang juga mantan Ketua Penguasa Kewangan Singapura (MAS) berkata perkembangan politik global berhubung tindakan iklim kini lebih menjurus kepada sisi negatif daripada positif.
Perkembangan politik di Amerika Syarikat baru-baru ini "jelas menimbulkan cabaran terhadap tindakan iklim", katanya, sambil menarik perhatian kepada pengunduran Amerika dari Perjanjian Paris buat kali kedua dan ikrar Presiden Donald Trump untuk memacu pengeluaran minyak dan gas.

"Perkembangan politik di Amerika merupakan satu langkah ke belakang yang jelas bagi tindakan iklim," kata Encik Menon.
Encik Menon juga menarik perhatian bahawa sokongan terhadap tindakan iklim juga semakin lemah, di mana kebimbangan tentang persekitaran tidak lagi diutamakan oleh para pengundi di Eropah disebabkan oleh perang di Ukraine dan kemarahan terhadap kos sara hidup yang lebih tinggi.
"Kami tidak boleh menolak kemungkinan beberapa negara mengurangkan sasaran iklim mereka disebabkan oleh pendirian Amerika," kata Encik Menon.
Beliau berkata hanya 13 daripada 195 negara telah menyerahkan ikrar iklim 2035 menjelang tarikh akhir pada 10 Februari lalu yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Singapura merupakan salah satu daripada 13 negara tersebut.
Dari segi ekonomi, Encik Menon berkata terdapat beberapa perkembangan positif, termasuk penurunan "berkekalan dan ketara" dalam kos tenaga boleh diperbaharui secara global.
Beliau menukil penurunan dalam kos projek simpanan bateri sebanyak 90 peratus antara 2010 dengan 2023.
Penyimpanan bateri adalah penting bagi mengatasi isu bekalan tenaga diperbaharui yang tidak menentu dan menggalakkan penggunaannya.
Encik Menon menarik perhatian bahawa penjanaan tenaga boleh diperbaharui kini lebih murah berbanding bahan api fosil dan tenaga boleh diperbaharui yang lebih murah menjadikan penggunaan elektrik bagi ekonomi lebih berdaya maju.
Sungguhpun begitu, cabaran dalam penghasilan hidrogen rendah karbon masih kekal, di mana peralatan dan kos kewangan telah meningkat sekali gus mengancam kemajuan projek-projek sedemikian.
SINGAPURA "KOMITED SEPENUHNYA" KEPADA TINDAKAN IKLIM
Namun di tengah-tengah semua cabaran itu, pendirian Singapura adalah jelas.
Singapura komited untuk mengurangkan pelepasannya kepada antara 45 hingga 50 juta tan bersamaan karbon dioksida menjelang 2035.
"Sasaran 45 juta tan itu membantu kami mencapai sasaran pelepasan sifar bersih menjelang 2050," tambahnya.
"Di mana kita perlu berada dalam jangka panjang adalah sangat jelas - pelepasan sifar menjelang 2050; ekonomi hijau yang berdaya saing; dan sebuah masyarakat berdaya tahan dari segi iklim."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.