Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Campuran vaksin COVID-19 Pfizer, Moderna lebih berkesan cegah jangkitan, penyakit teruk: Kajian S'pura

Mengambil jenama vaksin mRNA yang berlainan bagi dos penggalak dikaitkan dengan kadar jangkitan COVID-19 yang lebih rendah.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Mengambil jenama vaksin mRNA yang berlainan bagi dos penggalak dikaitkan dengan kadar jangkitan COVID-19 yang lebih rendah.

Ini berbanding jika seseorang itu mengambil jenama vaksin yang sama untuk dos penggalak dengan dua dos sebelumnya.

Demikian menurut kajian terhadap 700,000 orang di Singapura.

Kajian itu diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika pada Jumaat (11 Feb), juga mendapati bahawa khususnya bagi mereka yang mengambil dua dos vaksin Pfizer-BioNTech, kadar mereka terkena jangkitan adalah lebih rendah jika mereka mendapatkan dos penggalak vaksin Moderna.

Dalam kalangan penerima vaksin Pfizer-BioNTech bagi dua dos vaksin yang pertama, jumlah kes jangkitan adalah 227.9 bagi setiap sejuta hari jika mereka mengambil dos penggalak Pfizer-BioNTech manakala bagi dos penggalak Moderna ialah 147.9 bagi setiap sejuta hari.

Dalam epidemiologi, jumlah kes jangkitan bagi setiap sejuta hari merupakan cara pengkaji mengukur risiko dengan mengambil kira tempoh masa dan saiz sampel. Jumlah yang lebih kecil menunjukkan risiko lebih rendah berlaku jangkitan.

Meskipun begitu, satu dapatan adalah jelas: Mendapatkan sebarang jenama vaksin mRNA bagi dos penggalak adalah berkesan untuk mengurangkan jangkitan dan jangkitan teruk daripada tidak menerima dos penggalak.

Namun, meskipun jumlah sampel yang besar dikaji, penyelidik tidak dapat memutuskan sama ada mendapatkan dua dos suntikan Moderna akan menyebabkan lebih banyak atau kurang berlakunya jangkitan teruk jika dos penggalak yang diambil adalah vaksin Pfizer-BioNTech.

Kajian itu mendapati bahawa dos penggalak COVID-19 dapat mengurangkan berlaku jangkitan, tidak kira jenama vaksin tersebut.

Kajian itu meneliti data yang diperolehi antara September hingga Oktober 2021, semasa kemunculan varian Omicron di tempat-tempat lain di merata dunia. Singapura melaporkan kes pertama varian mudah berjangkit itu pada awal Disember tahun lalu.

Berikut adalah dapatan kajian itu:

- 3 dos vaksin Pfizer-BioNTech menawarkan 73 peratus lebih perlindungan berbanding dengan hanya mengambil dua dos vaksin Pfizer-BioNTech

- Gabungan vaksin Pfizer-Pfizer-Moderna memberikan 82 peratus lebih banyak perlindungan berbanding dengan hanya mengambil dua dos vaksin Pfizer

- Tiga dos vaksin Moderna memberikan 80 peratus lebih banyak perlindungan berbanding dengan dua dos vaksin Moderna

- Gabungan vaksin Moderna-Moderna-Pfizer memberikan 86 peratus lebih perlindungan berbanding dengan hanya mengambil dua dos Moderna

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan