Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Calon WP Raeesah Khan ungkit isu ketidaksamarataan antara remaja

Calon Parti Pekerja (WP) bagi GRC Sengkang, Raeesah Farid Khan mengungkit isu ketidaksamarataan di kalangan belia dalam rapat pilihan raya online beliau.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Calon Parti Pekerja (WP) bagi GRC Sengkang, Raeesah Farid Khan mengungkit isu ketidaksamarataan di kalangan belia dalam rapat pilihan raya online beliau.

Berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang sukarelawan yang menyediakan khidmat tuisyen, Raeesah berkata "permulaan yang baik" tidak dapat dirasai segelintir masyarakat.

"Kebanyakan anak remaja yang kami sokong mempunyai pelbagai masalah kerana keadaan keluarga yang kurang stabil. Oleh kerana ini ramai yang ketinggalan oleh sistem pendidikan dan akses untuk peluang banyak berkurangan.

"Mereka bertentangan dengan banyak penghalang yang mengehadkan mereka untuk jalan keluar dari sekitaran kemiskinan," kata beliau dalam rapat online WP itu pada Jumaat (3 Jul), yang disiarkan di Facebook parti itu.

PERUBAHAN IKLIM DEKAT PADA HATI GOLONGAN MUDA

Beliau juga membincangkan saranan dalam manifesto pilihan raya WP, yang mahu mengadakan lebih banyak usaha menangani perubahan iklim.

Cik Raeesah berpendapat skim-skim sedia ada boleh ditambah baik lagi dengan pelibatan pihak-pihak berkepentingan seperti syarikat-syarikat, pemain industri dan bukan ditumpukan kepada pengguna saja.

Menurutnya, perubahan iklim adalah satu perkara yang dekat pada hati belia pada masa kini kerana melibatkan masa depan mereka.

"Rakyat Singapura yang muda hari ini akan menanggung beban kebanyakan masalah ini pada hari muka. Seawal tahun 2045, suhu cuaca boleh setinggi 40 darjah selsius setiap hari. Inilah sebabnya kami di WP merasakan perlu untuk mengurangkan dan menyesuaikan diri dengan perubahan iklim," ujar beliau.

Cabaran untuk golongan muda Singapura yang perlu ditangani merupakan antara mesej utama sesi itu.

Ia turut menampilkan calon-calon muda WP seperti Nicole Seah dan Gerald Giam di mana mereka menekankan bagaimana membantu golongan muda lebih awal akan memastikan sumbangan mereka kepada negara dapat dipercepat serta dimantapkan lagi.

KETIDAKSAMARATAAN DALAM KALANGAN MUDA

Calon WP bagi GRC Marine Parade Encik Muhd Fadli Fawzi pula berkongsi bagaimana pandemik COVID-19 mendedahkan isu ketidaksamarataan di kalangan golongan muda di sini.

"Bagi seorang kanak-kanak yang tinggal dalam keluarga yang besar dan tidak mempunyai ruang untuk belajar atau berfikir ataupun untuk melakukan tugasan rumah. Jadi itulah satu aspek Pembelajaran Dari Rumah (HBL) yang mendedahkan isu ketidaksamarataan ini.

"Kesemua isu ini timbul disebabkan COVID-19 jadi kita perlu lihat menjangkaui sistem persekolahan yang formal hingga ke ekologi pendidikan itu sendiri," katanya.

Lantaran itu, manifesto WP ingin memperkenalkan memperkenalkan pinjaman Pendidikan SkillsFuture tanpa faedah dan meningkatkan jumlah sasaran para graduan kepada 50% setiap kohort untuk membantu memperkasakan golongan muda Singapura.

WP DESAK HAD USIA BELI RUMAH DITURUNKAN KEPADA 28 TAHUN

Dalam rapat online WP itu, para calon juga menyentuh peri pentingnya pemerintah menurunkan had usia golongan bujang untuk memiliki rumah kepada 28 tahun dan mengawal harga flat BTO.

Ini kerana saranan-saranan WP itu, menurut mereka, mampu membantu dalam proses pembangunan diri seseorang anak muda dalam menentukan hala tujuan mereka dengan pada masa yang sama membangunkan masyarakat.

"Lebih awal individu itu mempunyai hartanah yang ibarat satu saham dalam negara, lebih awal mereka boleh berakar di negara ini. Jadi adalah tanggungjawab kita dalam memastikan warga muda kita mula melabur kepada negara pada usia lebih awal lagi," tambah Encik Muhd Fadli.

Saranan-saranan manifesto WP lain yang ditumpukan kepada golongan muda adalah menurunkan usia minimum untuk mengundi kepada 18 tahun dan menjadikan mahkamah tempat penentu arahan berita palsu mahupun kepalsuan disengajakan supaya dapat mewujudkan ketulusan dan kebebasan dalam masyarakat dan negara. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan