Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Calon PV, Muhd Nassir dan Azlan Sulaiman, kongsi ciri-ciri penting perlu ada dalam seorang AP

Para calon Parti Suara Rakyat (PV) hari ini (2 Jul) menekankan ciri-ciri yang perlu ada dalam seorang Anggota Parlimen (AP).

Anggaran Waktu Membaca:
Calon PV, Muhd Nassir dan Azlan Sulaiman, kongsi ciri-ciri penting perlu ada dalam seorang AP

Para anggota Parti Suara Rakyat di stesen MRT Pioneer pada 27 Jun 2020. (Gambar: Louisa Tang / TODAY)

SINGAPURA: Para calon Parti Suara Rakyat (PV) hari ini (2 Jul) menekankan ciri-ciri yang perlu ada dalam seorang Anggota Parlimen (AP).

Ini termasuk dua calon Melayu/Islam PV iaitu Muhd Nassir Ismail bagi GRC Pasir Ris-Punggol dan Azlan Sulaiman bagi GRC Jalan Besar.

Ucapan mereka itu dikongsikan dalam satu video yang dimuat naik dalam akaun Facebook PV sebelum rapat online yang diadakan Ketua PV Encik Lim Tean.

TIDAK MAHU, TIDAK AKAN BAWA HUJAH KEPENTINGAN SATU PARTI

Encik Muhd Nassir yang juga merupakan seorang pensyarah ekonomi bebas memulakan ucapan beliau dengan mengongsi pengalaman beliau meneruskan pengajian di luar negara seperti di Switzerland.

Walaupun beliau pernah berfikir untuk berhijrah, beliau tidak melakukannya kerana cinta kepada Singapura. Ini membuat beliau memperjuangkan suara rakyat.

"Untuk menjadi AP terbaik, kita harus mempunyai sifat-sifat seperti mendengar, memahami serta membawa hasrat-hasrat penduduk kepada atau ke dalam parlimen. Sebagai ahli parlimen, kita harus mempunyai kualiti rakyat," ujar beliau.

Namun begitu, menurut Encik Muhd Nassir, para AP PAP membawa agenda sendiri dan untuk kepentingan satu parti saja.

Atas sebab itu beliau ingin membawa perubahan dalam Parlimen.

Beliau berkata: "Kami tidak mahu dan tidak akan membawa hujah-hujah yang hanya atau setakat kepentingan satu parti atau atas dasar kepentingan diri. Kami tidak mahu Parlimen menjadi atau diambil kesempatan sebagai tempat berehat walaupun dengan memejam mata. Dan kami tidak mahu agenda-agenda satu parti sahaja yang akan membawa ke dalam Parlimen."

S'PURA HARI INI TIDAK SEPERTI S'PURA MASA LALU

Seorang lagi calon PV, Azlan Sulaiman, pula berpendapat seorang wakil di peringkat masyarakat perlu sentiasa hadir dan bersedia menjaga estet dengan baik.

Di peringkat nasional pula, kata Encik Azlan, seorang AP itu harus memandan mampu memandang ke hadapan dan menghasilkan dasar-dasar yang memanfaatkan rakyat Singapura secara keseluruhan.

"Membesar di sebuah kampung pada tahun-tahun 1970-an hingga pertengahan 1980-an, masyarakat di sini dapat hidup bersatu dengan baik sehinggalah jumlah warga asing yang datang dengan banyak. Singapura hari ini tidak lagi seperti dahulu," kongsi beliau.

Beliau menambah bahawa kemasukan bakat asing juga menjejas mata pencarian rakyat tempatan dan pada masa yang sama menyebabkan kos sara hidup meningkat.

"Dengan pembangkang yang kuat di Parlimen, suara anda akan diutamakan. Kami akan memperjuangkan kepentingan anda," tambah beliau. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan