Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Calon PSP Hazel Poa dan Leong Mun Wai akan terima kerusi NCMP

Calon Parti Kemajuan Singapura (PSP) Hazel Poa dan Leong Mun Wai, akan menerima tawaran kerusi NCMP di Parlimen, menurut parti itu pada Selasa (14 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Jul 2020 05:31PM Dikemas Kini : 14 Jul 2020 08:52PM

SINGAPURA: Calon Parti Kemajuan Singapura (PSP) Hazel Poa dan Leong Mun Wai, akan menerima tawaran kerusi NCMP di Parlimen, menurut parti itu pada Selasa (14 Jul).

Mereka ialah sebahagian daripada pasukan lima anggota yang bertanding di GRC West Coast, bersama setiausaha agung PSP Tan Cheng Bock, Encik Jeffrey Khoo dan Encik Nadarajah Loganathan.

Sebagai "calon kalah yang meraih undi terbanyak" dalam Pilihan Raya Umum 10 Jul, kumpulan PSP West Coast diberi peluang untuk memilih dua daripada lima calon itu untuk jawatan NCMP.

Parti itu meraih 48.31 peratus undian dalam saingan dengan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diketuai Menteri Penerangan dan Perhubungan S Iswaran.

Cik Poa dan Encik Leong akan menyertai 10 anggota dipilih daripada parti pembangkang Parti Pekerja di Parlimen.

Skim NCMP membenarkan calon pembangkang yang kalah dengah peratusan undi tertinggi ditawarkan kerusi di Parlimen - jika jumlah anggota pembangkang yang dipilih kurang daripada 12 orang.

Dalam Pilihan Raya Umum ini, dua kerusi NCMP ditawarkan, bagi memastikan Parlimen baru mempunyai sekurang-kurangnya 12 AP pembangkang

Dr Tan berkata semasa kempen pilihan raya bahawa beliau tidak akan mengambil tawaran kerusi NCMP sekiranya terdapat peluang dan menyifatkan skim itu sebagai satu "helah" untuk menarik para pengundi daripada memilih parti pembangkang.

Dr Tan bagaimanapun menambah, beliau akan menyerahkan keputusan kepada parti. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan