Calon PSLE tidak berdepan tindakan jika lambat akibat gangguan khidmat MRT Laluan Timur-Barat: SEAB
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: iStock)
SINGAPURA: Gangguan kereta api di Laluan Timur-Barat berlarutan buat hari kedua pada Khamis (26 Sep), bertepatan dengan kertas bertulis pertama untuk Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Rabu (25 Sep) menyatakan ia sudah memaklumkan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) untuk membuat aturan baharu.
Dalam respons kepada soalan mengenai pelajar yang mungkin terlambat untuk tiba ke pusat peperiksaan, SEAB menyatakan mereka tidak akan berdepan tindakan sekiranya mereka terjejas akibat gangguan khidmat MRT.
"Calon akan diberikan tempoh penuh kertas jika mereka tiba di pusat peperiksaan sebelum tempoh tamat," kata seorang jurucakap SEAB.
Jurucakap tersebut berkata pelajar sudah dimaklumkan tentang aturan peperiksaan.
Bagi mereka yang lambat akibat gangguan MRT, mereka perlu menghubungi pusat peperiksaan dan meneruskan perjalanan ke sana, atau ke pusat peperiksaan atau sekolah berdekatan.
Pelajar dinasihatkan mendapat bantuan kakitangan stesen MRT sekiranya mereka perlukan bantuan.
Calon PSLE akan mengambil Kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2, serta Kertas Bahasa Inggeris Asas 1 dan 2, pada Khamis.
Gangguan di sebahagian Laluan Timur-Barat bermula seawal pukul 9.25 pagi pada Rabu, selepas sebuah kereta api menyebabkan gangguan bekalan elektrik ketika dalam perjalanan pulang ke depot Ulu Pandan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.