Skip to main content

Singapura

Calon Presiden tidak seharusnya punya hubungan dengan firma berkaitan pemerintah, kata George Goh

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Jul 2023 07:57PM Dikemas Kini : 16 Jul 2023 11:41PM
SINGAPURA: Bakal calon Pilihan Raya Presiden, George Goh berkata seseorang calon tidak seharusnya mempunyai hubungan dengan mana-mana parti politik, syarikat yang mempunyai kaitan dengan pemerintah dan dana negara.

Beliau berkata demikian kepada media semasa melakukan kunjungan suai kenal dengan pengunjung dan pegerai di Pusat Penjaja dan Pasar Geylang Serai pada Ahad (16 Jul).

Encik Goh diminta mengulas laporan tentang spekulasi bahawa mantan Ketua Pelaburan GIC Ng Kok Song sedang menimbangkan kemungkinan untuk bertanding dalam pilihan raya itu.

Encik Goh berkata beliau menghormati keputusan Encik Ng.

"Kalau tidak silap saya, belum ada calon yang disahkan, bukan? Jadi ada spekulasi. Saya rasa pada ketika ini, agak sukar untuk memberi komen, kerana calon itu belum membuat sebarang keputusan pada masa ini. Kami akan menghormati keputusannya, kami akan mengulas mengenainya kemudian," ujar beliau.

Namun beliau menekankan bahawa seseorang calon Presiden tidak boleh mempunyai hubungan dengan mana-mana parti politik atau kegiatan akar umbi.

Encik Goh dan isteri meluangkan an masa kira-kira sejam untuk beramah mesra dengan para peniaga dan pengunjung.

Menurutnya, beliau memang sering ke Pusat Penjaja dan Pasar Geylang Serai.

Selain Encik Goh, mantan Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam juga telah mengumumkan hasrat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden kali ini.
Sumber : CNA/SY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita