Calon Parti Reform sanggup berhenti berniaga untuk jadi AP sepenuh masa
Calon Parti Reform Kumar Appavoo berkata beliau akan berhenti daripada perniagaan untuk menjadi Anggota Parlimen sepenuh masa jika dipilih. Menurut beliau para penduduk memerlukan jagaan dan perhatian sepenuhnya.
SINGAPURA: Calon Parti Reform Kumar Appavoo berkata beliau akan berhenti daripada perniagaan untuk menjadi Anggota Parlimen sepenuh masa jika dipilih.
Menurut beliau para penduduk memerlukan jagaan dan perhatian sepenuhnya.
Encik Kumar bertanding di SMC Radin Mas menentang calon PAP, Melvin Yong.
Semasa berkunjung ke Pusat Penjaja Telok Blangah Crescent pagi tadi (4 Jul), Encik Kumar juga berkata beliau akan berusaha memberi peluang pekerjaan kepada para penduduk kawasan undi perseorangan ini, jika menang.
Menurut Encik Kumar, beliau sudah mula mendekati para penduduk di SMC ini sejak enam bulan lalu.
Ia termasuk mengunjungi mereka di rumah untuk melihat keadaan kehidupan mereka.
Ini adalah kali kedua Encik Kumar bertanding di SMC Radin Mas.
LAPORAN BERKAITAN:
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.