Calon GE2025 belanja lebih S$13 juta untuk kempen pilihan raya, naik 42% berbanding GE2020
Anggaran Waktu Membaca:
Pusat mengundi di Blok 208 Woodleigh Link bagi Pilihan Raya Umum Singapura 2025 pada 3 Mei 2025. (Gambar: Christine Tan)
SINGAPURA: Para calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) membelanjakan lebih S$13.05 juta untuk kempen mereka, melonjak 42.4 peratus daripada S$9.16 juta yang diisytiharkan bagi Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020).
Hampir separuh daripada perbelanjaan tahun ini disalurkan kepada iklan bukan secara online seperti poster, sepanduk dan risalah, menurut pengisytiharan perbelanjaan di laman web Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Jumaat (27 Jun). Perangkaan itu didedahkan selepas perbelanjaan para calon diterbitkan dalam Warta Pemerintah.
Parti Tindakan Rakyat (PAP) adalah parti dengan perbelanjaan terbesar, dengan jumlah perbelanjaan yang diisytiharkannya sebanyak S$9.4 juta, mengatasi semua pesaing di setiap kawasan undi yang dipertandingkan. Dalam kalangan parti pembangkang, Parti Pekerja (WP) mendahului dengan perbelanjaan yang diisytiharkan sebanyak S$1.64 juta.
Para calon diberikan tempoh sehingga 16 Jun untuk menyerahkan pengisytiharan terperinci mengenai perbelanjaan kempen pilihan raya mereka – peraturan yang ditetapkan di bawah undang-undang Singapura untuk memastikan ketelusan kewangan dan akauntabiliti kewangan kempen pilihan raya calon. ELD mengesahkan bahawa kesemua 211 calon telah mematuhi tarikh akhir yang ditetapkan.
KE MANA PERBELANJAAN DISALURKAN?
Para calon membelanjakan S$6.24 juta untuk iklan bukan secara online, peningkatan sebanyak 11.4 peratus berbanding S$5.6 juta yang dibelanjakan untuk iklan cetak dalam pilihan raya sebelumnya.
Perbelanjaan untuk iklan secara online, seperti kandungan berbayar di media sosial dan laman web, naik sedikit kepada S$2.13 juta, meningkat daripada S$2 juta pada 2020.
Pilihan raya tahun ini juga menyaksikan kembalinya rapat fizikal, yang digantung semasa pilihan raya sebelumnya disebabkan oleh pandemik COVID-19. Para calon membelanjakan S$1.72 juta untuk menganjurkan sebanyak 48 rapat sepanjang tempoh berkempen.
Para penganalisis politik berkata kembalinya kegiatan berkempen secara fizikal mencerminkan betapa pentingnya pendampingan secara bertemu muka bagi pilihan raya di Singapura.
"Norma pilihan raya Singapura masih menekankan kegiatan secara bertemu muka dan interaksi sedemikian," kata Profesor Madya Chong Ja Ian, yang mengajar sains politik di Universiti Nasional Singapura (NUS).
Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020) dilihat sebagai "sekali sahaja" tanpa rapat pilihan raya, dan tidak menghairankan rapat dan iklan fizikal terus membentuk sebahagian besar perbelanjaan pilihan raya, tambahnya.
Penganalisis bebas Felix Tan berkata sesetengah parti mungkin lebih suka iklan fizikal kerana ia menjangkau kumpulan-kumpulan yang lebih luas, seperti warga emas yang mungkin kurang aktif di alam siber.
PERBELANJAAN PARTI-PARTI POLITIK
PAP, yang bertanding di kesemua 97 kerusi di 18 GRC dan 15 SMC, membelanjakan S$9.4 juta – dengan 42.8 peratus, atau S$4.03 juta, bagi iklan bukan secara online.
Parti pemerintah itu juga membelanjakan S$2.04 juta untuk iklan secara online dan S$1.05 juta untuk rapat pilihan raya.
WP, yang membariskan 26 calon di lapan kawasan undi, membelanjakan S$1.64 juta – hampir 70 peratus, atau S$1.14 juta, diperuntukkan bagi iklan bukan dsecara online. Ia membelanjakan kira-kira S$233,000 untuk rapat pilihan raya, tetapi hanya S$540 untuk iklan secara online, semuanya oleh Anggota Parlimen GRC Aljunied Gerald Giam.
Parti Demokratik Singapura (SDP) membelanjakan S$583,440 untuk 11 calonnya. Lebih separuh daripada jumlah itu digunakan untuk iklan bukan secara online, 39 peratus atau S$228,520 bagi rapat pilihan raya dan 3 peratus atau S$20,000 untuk wadah online.
Ini diikuti oleh Parti Kemajuan Singapura (PSP), yang 13 calonnya membelanjakan S$441,548. Lebih separuh daripadanya, atau S$248,736, adalah untuk iklan bukan secara online. Perbelanjaan terbesar seterusnya ialah untuk rapat pilihan raya, yang membelanjakan S$98,739, diikuti oleh S$52,538 untuk iklan online.
PSP adalah satu-satunya parti yang melaporkan penurunan pada perbelanjaan berbanding GE2020. Perbelanjaan keseluruhannya merosot hampir 43.5 peratus, turun daripada S$781,275.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.