Calon-calon Presiden Indonesia manfaatkan pengaruh artis tambat hati para pengundi
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Ribut jadinya apabila ribuan peminat muzik berasak-asak untuk saksikan persembahan idola mereka, kumpulan Slank dengan lebih dekat lagi di Stadion Pakansari di Bogor.
Persembahan itu merupakan sebahagian daripada kempen pilihan raya oleh calon Presiden Indonesia, Ganjar Pranowo dan calon naib presidennya, Mahfud MD.
"Jangan lupa untuk menyebarkan rasa keamanan di seluruh Indonesia!" jerit vokalis Slank, Akhadi Wira Satriaji yang lebih dikenali sebagai Kaka kepada para peminatnya petang tadi (9 Feb).
Kugiran itu terkenal dengan lagu-lagu rok yang mengandungi mesej tentang isu-isu sosial dan masalah kehidupan rakyat.
Di Indonesia, merupakan satu kelaziman untuk kumpulan-kumpulan muzik sebegini untuk menyuarakan sokongan mereka secara terbuka untuk para calon presiden dan naib presiden.
Dalam Pilihan Raya Presiden 2014 dan 2019, Slank juga pernah menyokong kempen Presiden Joko Widodo .
Namun, sangkaan bahawa kumpulan itu akan mendukung gabungan anak Encik Jokowi iaitu calon naib presiden Encik Gibran Rakabuming Raka dan calon Presidennya, Encik Prabowo tidak menjadi kenyataan.
Mereka sebaliknya menyokong pasangan Encik Ganjar Pranowo dan Encik Mahfud MD dalam pilihan raya kali ini.
MUZIK MEMBAWA RAKYAT BERSAMA, PENGARUH UNTUK SOKONG CALON PRESIDEN
Sokongan rasmi kumpulan Slank terhadap pasangan calon presiden dan naib presiden itu diharap dapat memancing sebilangan jumlah pengundi untuk pasangan itu.
Pengaruh pemuzik dalam haluan politik negara sebegini dialu-alukan sesetengah penduduk seperti peminat tegar kumpulan Slank, Damar, 20 tahun.
Damar berkata: "Soalnya itu sudah lama lagu-lagu dulu suka Slank begitu. Kalau ada slank, Pak Ganjar juga ada."
"Slank lagunya itu kesukaan saya dan Pak Ganjar juga suka Slank dan saya juga dukung beliau," tambah beliau.
Slank yang ditubuhkan pada 1983 dan nama kumpulan itu diilhamkan daripada terma "slange'an" yang bermaksud 'orang bebas' dalam bahasa Betawi.
PENYANYI 'DEALOVA' ANGGAP ARTIS JUGA ADA PERANAN SEBARKAN MESEJ
Selain kumpulan Slank, penyanyi Once Mekel yang terkenal dengan lagunya ‘Dealova’ juga menyokong pasangan yang sama.
Bahkan Once sudah menyertai dan memeriahkan kempen-kempen Encik Ganjar dan Encik Mahfud sejak lima bulan yang lalu.
Penyanyi berusia 54 tahun itu berkata: "Saya pilih sama Pak Ganjar dan Pak Mahfud kerana keperibadian mereka, yang sederhana, mereka merakyat, dari keluarga biasa dan bukan elit dan terlalu kaya. Mereka boleh merasakan masalah kehidupan masyarakat biasa. Mereka juga jujur dan berintegriti dan ini terbukti ."
Beliau juga berkata bahawa pengaruh seorang artis terhadap kuasa pemilihan rakyat Indonesia juga tidak semudah yang disangka.
"Artis itu juga harus bijak membuat pemberitaan tentang calon presiden yang didukungnya. Kita perlu menyuarakan supaya masyarakat sebanyak mungkin, paling tidak mengetahui maklumat lengkap tentang calon presiden itu," kata Encik Once.
"Kelebihan artis kepada para pengikut mereka adalah mereka boleh memberikan mesej tetapi juga tidak sebarangan. Kalau terlalu keras, orang akan jadi benci," tambah beliau.
Encik Once juga akur bahawa tidak semua peminat beliau akan menunjukkan sokongan terhadap pasangan presiden dan calon presiden yang sama.
"Pemilihan para peminat itu belum tentunya sama seperti apa yang dipilih kita sebagai, katakanlah idola. Mereka bisa memilih yang lain. Kita ada maklumat yang disebar, kita harapkan, 10% atau 20% atau 30% yang benar-benar terpengaruh," jelas beliau.
Selain daripada menghiburkan para peminatnya di konsert-konsert rakyat atau platform media, Encik Once juga antara lain mengutarakan tentang keperibadian calon presiden dan naib presiden, program-program yang akan dikelolakan mereka serta rancangan mereka untuk membantu rakyat Indonesia.
Menurut Once, para artis juga perlu menunjukkan keperibadian yang kuat agar dapat dipercayai masyarakat untuk menyokong calon presiden dan naib presiden pilihan mereka.
Calon-calon lain juga mendapat sokongan artis-artis berpengaruh di negara itu.
Pasangan Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka misalnya mendapat sokongan barisan artis termasuk penyanyi Melly Geslow dan Ahmad Dhani.
Gandingan Anies Baswedan dan Muhaimin Iskandar pula disokong penyanyi dangdut, Iyeth Bustami.

Sumber : BERITA Mediacorp/nj
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.