Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cakap pasal kahwin: Menteri Lawrence Wong kongsi 2 cabaran kepada pasangan muda

Pemikiran dan sikap masyarakat zaman kini boleh membawa tekanan kepada sebuah institusi rumahtangga, kata Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pemikiran dan sikap masyarakat zaman kini boleh membawa tekanan kepada sebuah institusi rumahtangga, kata Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong.

Menurut Encik Wong, tedapat dua trend pemikiran dan sikap di kalangan masyarakat global yang perlu diberikan perhatian.

Pertama katanya, masyarakat kini berada di zaman yang mana mereka rasa mereka mempunyai hak.

"Di mana-mana, orang ramai membesar dengan berfikiran bahawa mereka istimewa dan lain daripada yang lain," kongsinya.

Kedua, kata beliau, masyarakat global juga kini tinggal pada zaman yang mereka mahukan jawapan dengan segera.

"Apabila kita mempunyai pemikiran sebegini, tidak hairanlah perkahwinan itu mengalami tekanan.

"Jika satu pihak hanya mahu menerima tetapi tidak memberi, perkahwinan itu tidak akan berpanjangan," ujar Encik Wong semasa menyampaikan ucaptamanya di acara Sidang Diari Tok Kadi 2020, yang bertemakan '20 tahun selepas millennium! Nak bawa ke mana pernikahan kita?'.

Bagi mengatasi cabaran itu, Encik Wong mencungkil pengalaman peribadinya untuk berkongsi amalan yang beliau sendiri amalkan.

"Saya sudah berkahwin agak lama dan saya selalu mengingatkan diri saya tentang perkara ini. Disiplin diperlukan bagi setiap perkara termasuk perkara-perkara kecil seperti bagaimana saya menjadualkan acara kerja saya.

"Ini supaya saya akan sentiasa ada peluang untuk meluangkan masa bermutu dengan isteri saya," kata beliau yang selama ini lebih banyak membincangkan isu-isu perumahan selaku Menteri MND.

Secara keseluruhan, Sidang Diari Tok Kadi edisi ke-5 itu dihadiri sekitar 550 orang.  

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan