Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Caj tambahan bagi perjalanan teksi dari Lapangan Terbang Changi naik $3

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 May 2022 05:02PM Dikemas Kini : 12 May 2022 11:36PM

SINGAPURA: Caj tambahan bagi perjalanan teksi dari Lapangan Terbang Changi akan dinaikkan S$3 mulai 19 Mei hingga 30 Jun, menurut lapangan terbang tersebut hari ini (12 Mei).

Caj tambahan bagi perjalanan teksi dari pukul 5.00 petang hingga pukul 11.59 malam setiap hari akan dinaikkan kepada S$8, manakala caj tambahan untuk tempoh lain akan dinaikkan kepada S$6.

Ini bagi "memastikan bekalan teksi yang lebih baik" bagi perjalanan ke lapangan terbang untuk penumpang, menurut Lapangan Terbang Changi dalam satu catatan Facebook pada Khamis (12 Apr).

Buat masa ini, caj tambahan S$5 dikenakan bagi perjalanan teksi dari Lapangan Terbang Changi antara pukul 5.00 petang dengan tengah malam pada Jumaat, Sabtu dan Ahad. Caj Tambahan bagi perjalanan teksi untuk masa lain adalah S$3.

Minggu lalu, Menteri Pengangkutan, S Iswaran mengumumkan bahawa pergerakan penumpang di Lapangan Terbang Changi sudah melonjak hampir 40 peratus seperti kadar sebelum COVID-19 pada hujung bulan April. Jumlah itu dua kali ganda berbanding 18 peratus yang dicatat pada Mac.

Beliau berkata jumlah itu akan meningkat dalam bulan-bulan yang akan datang disebabkan lebih banyak penerbangan dan penumpang yang akan pulang. Ini sekaligus akan mengembalikan kadar penumpang di Lapangan Terbang Changi untuk mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus seperti kadar sebelum COVID-19.

ComfortDelGro mengumumkan pada Mac bahawa mereka akan menaikkan tambang buat sementara untuk membantu pemandu tangani kenaikan harga minyak mulai 4 April.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan