Caj beg plastik bagi pembelian online antara yang dikemukakan para AP di Parlimen
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: iStock)
SINGAPURA: Sama ada para pengguna perlu membayar 5 sen untuk setiap beg plastik yang digunakan dalam pembelian online dan jika deposit 10 sen akan dikenakan ke atas botol gelas adalah antara persoalan yang dikemukakan dalam perbahasan di Parlimen yang bermula pada Selasa (21 Mac).
Seramai sembilan Anggota Parlimen (AP) bangkit berucap tentang Rang Undang-Undang (Pindaan) Kemampanan Sumber yang diluluskan pada Rabu (22 Mac).
Pindaan itu memperkenalkan rangka kerja undang-undang untuk caj beg-beg pakai buang pasar raya, skim memulangkan bekas minuman dan sistem pelaporan sisa makanan. Langkah-langkah tersebut bertujuan untuk mengurangkan sisa dan meningkatkan kadar kitar semula di Singapura.
Pasar raya utama di Singapura akan mula mengenakan caj S$0.05 bagi setiap beg plastik mulai 3 Julai, manakala deposit 10 sen yang boleh dipulangkan, akan ditambah kepada minuman botol dan tin mulai 1 April 2025.
Bangunan komersil dan perindustrian baru perlu menyerahkan laporan sisa makanan kepada Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) mulai Januari 2024. Bagi bangunan sedia ada, peraturan itu dilancarkan secara bertahap-tahap mulai separuh kedua 2025.
PEMBELIAN ONLINE
AP Carrie Tan (PAP-Nee Soon) dan Louis Ng (PAP-Nee Soon) menarik perhatian kepada jumlah bahan bungkusan yang digunakan apabila barangan dihantar kepada para pelanggan.
"Para penjual daripada platform e-dagang sangat murah hati dengan pembungkusan mereka, selalunya menggunakan 'bubble wrap' dan bahan lain kerana kotak-kotak selalunya terlalu besar untuk barangan kecil," kata Cik Tan, meskipun beliau mengakui peruncit ingin memastikan produk mereka dihantar dalam keadaan yang baik.
Encik Ong menyeru Kementerian itu untuk mengenakan caj kepada penghantaran online. "Penghantaran barang dapur, khususnya, selalunya dibungkus dengan beberapa lapisan beg pakai buang" katanya.
AP Don Wee (PAP-Choa Chu Kang) bertanya sama ada caj sebanyak 5 sen akan dikenakan kepada pembelian barang dapur secara online.
Menteri Negara Kanan bagi Kemampanan dan Sekitaran Amy Khor berkata, caj itu tidak akan dikenakan kepada beg pakai buang yang digunakan peruncit untuk membungkus barangan dapur yang dibeli secara online dan dihantar kepada para pembeli.
"Ini kerana para pembeli tidak mempunyai pilihan untuk menggunakan beg mereka sendiri," kata Cik Khor dalam ucapan penutupnya di Parlimen.
Tambahnya, kementeriannya akan mengkaji bagaimana untuk menghuraikan isu sisa bungkusan berkaitan pembelian online dan bekerjasama dengan para pengendali pasar raya untuk menetapkan garis panduan bagi mengurangkan pembungkusan yang digunakan.

Sumber : CNA/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.