Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cacar Monyet: WHO seru pertingkat langkah kesihatan awam

Pejabat Asia Tenggara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru negara-negara agar mengukuhkan langkah-langkah kewaspadaan serta kesihatan awam masing-masing terhadap penyakit cacar monyet, yang diisytiharkan oleh agensi itu sebagai darurat kesihatan awam sejagat.

Anggaran Waktu Membaca:
Cacar Monyet: WHO seru pertingkat langkah kesihatan awam

Imej mikroskop elektron virus cacar monyet. (Gambar: iStock)

SINGAPURA: Pejabat Asia Tenggara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru negara-negara agar mengukuhkan langkah-langkah kewaspadaan serta kesihatan awam masing-masing terhadap penyakit cacar monyet, yang diisytiharkan oleh agensi itu sebagai darurat kesihatan awam sejagat.

Antara langkah yang disarankan oleh Pengarah Serantau WHO bagi Asia Tenggara, Dr Poonam Khetrapal Singh, dalam satu kenyataan media pada Ahad (24 Jul) termasuk meningkatkan kajian vaksin di samping langkah pencegahan serta kawalan di hospital dan klinik.

Lebih 16,000 kes cacar monyet sudahpun dilaporkan di 75 negara.

D rantau Asia Tenggara WHO, empat kes cacar money dikesan – tiga dari India dan satu dari Thailand.

Terdapat sembilan negara lain yang dirangkumkan di bawah rantau yang sama oleh WHO: Bangladeh, Bhutan, Korea Utara, Indonesia, Maldives, Myanmar, Nepal, Sri Lanka dan Timor-Leste.

Singapura, yang melaporkan lapan kes sejak Jun, diklasifikasikan oleh WHO sebagai berada di bawah rantau Pasifik Barat.

“Cacar monyet menular dengan pantas dan ke banyak negara yang belum mengalaminya sebelum ini, lantas menjadikannya satu hal keprihatinan besar. Bagaimanapun, dengan kes-kes tertumpu dalam kalangan lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki lain, ia tidak mustahil untuk membendung lanjut penularan penyakit itu dengan usaha bersasar dalam kalangan penduduk yang berisiko,” kata said Dr Khetrapal Singh.

Beliau menambah sebarang usaha dan langkah “seharusnya bersifat sensitif, menghindari stigma atau diskriminasi”.

Dalam wawancara televisyen bersama Mediacorp pada Isnin (25 Jul), pakar penyakit berjangkit warga Amerika, Dr Amesh Adalja, berkata: “Walaupun ia benar bahawa sesiapa saja boleh dijangkiti cacar monyet, terdapat ciri-ciri unik pada penularan ini, bermakna ia dikesan dalam rangkaian sosial dan seksual. Apabila anda melihat pada epidemiologi, individu utama yang dijangkiti adalah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki lain.

“Terdapat petanda jelas epidemiologi dan ia memberitahu kita bahawa kita perlu meningkatkan ujian ke atas golongan tersebut,” kata pemegang biasiswa dari Pusat bagi Keselamatan Kesihatan di Universiti Johns Hopkins.

“Akan ada kes jangkitan di luar kumpulan demografik itu tetapi keutamaan harus diletakkan kepada usaha melindungi orang ramai yang benar-benar berisiko.”

Pada Isnin, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata MOH tidak menyarankan vaksinasi besar-besaran ke atas penduduk Singapua terhadap cacar monyet, memandangkan “ia penyakit yang biasanya boleh pulih sendiri” dan disebabkan “manfaat tidak melebihi risiko”.

Beliau menambah MOH akan terus memantau rapi penularan itu.
 
Pada Ahad, dua lagi kes cacar monyet disahkan di Singapura – seorang lelaki Estonia berusia 46 tahun yang tiba dari London pada 21 Julai dan seorang lelaki Singapura berusia 26 tahun.

"Meskipun risiko cacar monyet di seluruh dunia dan di rantau ini sederhana, potensi untuk ia merebak ke seluruh dunia adalah nyata. Juga, terdapat banyak perkara yang tidak diketahui tentang virus itu," kata Dr Khetrapal Singh.

"Kita perlu kekal berwaspada dan bersiap siaga untuk melancarkan tindak balas yang kukuh bagi membendung penularan lanjut cacar monyet."
Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan