Cabaran Presiden 2025: 12 individu terima anugerah sulung untuk pimpin perubahan sosial yang positif
Seramai 12 individu dianugerahkan Fellowship Cabaran Presiden buat julung-julung kalinya.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seramai 12 individu dianugerahkan Fellowship Cabaran Presiden buat julung-julung kalinya.
Program itu bertujuan memupuk lebih ramai pemimpin untuk perubahan sosial serta menjadi inspirasi kepada yang lain untuk menghasilkan kesan positif.
Presiden Tharman Shanmugaratnam berkata inisiatif itu adalah bagi membantu semua orang untuk mencapai potensi penuh mereka dalam kehidupan, termasuk golongan berkeperluan khas.
"Apa yang sama dalam kalangan mereka semua ialah latar belakang yang sukar, tetapi mereka benar-benar komited untuk memperbaiki diri mereka, meningkatkan ilmu pengetahuan dan kini berkhidmat kepada yang lain.
"Khususnya, membantu orang lain yang mungkin berada dalam situasi yang sama seperti apa yang mereka lalui, bantu mereka mengatasi kesukaran seperti mana mereka lalui, dan itulah sebabnya mereka dipilih sebagai 'Fellow' Cabaran Presiden," kata Presiden Tharman.
Mereka diiktiraf semasa acara pengumpulan dana tahunan Cabaran Presiden pada Ahad malam (2 Nov).
Sumbangan yang dikumpulkan akan menyokong usaha para pemenang anugerah tersebut.
Antara pemenang itu termasuk seorang ibu tunggal, usahawan yang cacat penglihatan serta seorang bekas pesalah.
Pemilik bersama Dutch Colony Coffee Co. Mohamad Suhaimi Sukiman, merupakan seorang lagi pemenang.
Lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) itu ingin menyumbang kembali kepada masyarakat dengan memperkenalkan program 'Brew Your Career' bagi membantu golongan pelajar, terutama sekali dari ITE untuk meneroka potensi kerjaya dalam bidang kopi.
"Saya boleh menggunakan pencapaian ini sebagai satu landasan untuk kenalkan masyarakat kita ataupun masyarakat ITE tentang apakah itu kopi.
"Bukan sahaja dalam cara penyeduhan dan peminuman kopi tetapi kopi sebagai satu platform atau satu wadah yang boleh menaikkan darjat, mengeluarkan masyarakat daripada kemiskinan," kata Encik Mohamad Suhaimi.
Semasa acara yang disiarkan secara langsung pada Ahad malam, Presiden Tharman turut naik ke pentas bagi mempamerkan kemahiran bermain tenis meja.
Cabaran Presiden juga menyokong 60 program yang bertujuan memperkasa golongan yang memerlukan.
Sejauh ini, hampir S$15 juta berjaya dikumpulkan.
Pautan derma akan terus dibuka sehingga Ahad depan.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/NJ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.