Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cabaran Presiden 2021 fokus bina masyarakat digital yang inklusif

 Cabaran Presiden pada tahun depan akan memberi tumpuan terhadap membina masyarakat digital yang inklusif.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Aug 2020 08:26PM Dikemas Kini : 19 Aug 2020 09:00PM

SINGAPURA: Cabaran Presiden pada tahun depan akan memberi tumpuan terhadap membina masyarakat digital yang inklusif.

Presiden Halimah berkata dengan penggunaan digital yang inklusif tiada rakyat akan ketinggalan, khususnya golongan kurang upaya.

Encik Zahier Samed, 33 tahun hilang daya penglihatan sejak berusia 19 tahun kerana kecacatan kongenital.

Kini beliau menggunakan deria menghidu bagi memberikan penilaiannya tentang wangi-wangian, yang mungkin suatu hari nanti digunakan dalam produk-produk di seluruh dunia.

Tempat kerjanya, Firmenich, sudah membangunkan aplikasi bagi membantu Encik Zahier dalam kerjanya.

Aplikasi itu memberi gambaran serta menerangkan tentang wangi-wangian, yang membolehkan Encik Zahier bekerja dalam pasukan atau secara sendirian.

Ciri inklusif seperti itulah yang ingin disokong Cabaran Presiden 2021.

Presiden Halimah mengulas mengenai betapa pentingnya membina masyarakat yang inklusif.

"Jadi penting tema kita pada tahun ini bertemakan bagaimana membina masyarakat digital yang inklusif dan saya bahawa berharap badan-badan khidmat akan mengambil peluang, adakan program-program yang akan membolehkan masyarakat kurang upaya, warga emas dan sebagainya di mana mereka dapat gunakan perkakas digital dan bagaimana mendapat kemahiran," ujar Presiden Halimah.

Misalnya, mereka boleh bekerja dengan syarikat-syarikat untuk membuat reka bentuk semula tempat-tempat kerja atau memanfaatkan teknologi bagi mendekati masyarakat.

Permohonan akan dibuka pada Isnin, 25 September.

Agensi-agensi yang terlibat sama akan mendapat dana dalam dua bahagian - 30 peratus pada Mac 2021, dan baki 70 peratus pada tahun selepas itu.

Firmenich merupakan antara 140 firma yang sudah menandatangani Ikrar Pengupayaan Pekerjaan yang dilancarkan pada Mac lalu.

Firma mengambil pekerja-pekerja kurang upaya, menerusi kerjasama dengan SG Enable dan Persatuan Orang-Orang Kurang Daya Penglihatan Singapura (SAVH).  

Sumber : CNA/UR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan