Skip to main content

Singapura

Cabaran Presiden 2019: Rekod S$10.47 juta berjaya dikumpul

Cabaran Presiden tahun ini meraih jumlah rekod S$10.47 juta setakat malam ini (10 Nov), melepasi jumlah S$8.3 juta pada 2018.

Anggaran Waktu Membaca:
Cabaran Presiden 2019: Rekod S$10.47 juta berjaya dikumpul
Diterbitkan : 10 Nov 2019 10:17PM Dikemas Kini : 10 Nov 2019 10:24PM

SINGAPURA: Cabaran Presiden tahun ini meraih jumlah rekod S$10.47 juta setakat malam ini (10 Nov), melepasi jumlah S$8.3 juta pada 2018.

Jumlah tersebut diumumkan di edisi ke-26 acara itu yang berlangsung di Teater Mediacorp malam tadi.

Dana itu akan disalurkan kepada 67 pertubuhan yang menyokong individu kurang upaya serta mereka yang mengalami masalah kesihatan termasuk isu mental.

Acara larian 'Relay Majulah' menjadi penyumbang terbesar. 200 pelari yang menyertai acara larian bergilir-gilir selama lapan hari itu berjaya mengumpulkan lebih S$1.6 juta, lebih daripada sasaran S$1 juta yang ditetapkan.

Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin menyerahkan baton kepada Presiden Halimah Yacob sebagai tanda menamatkan acara larian terbesar dan paling panjang di Singapura.

Acara malam ini juga menyaksikan kolaborasi antara barisan artis tempatan dan antarabangsa dalam beberapa persembahan nyanyian dan tarian sebagai sumbangan mereka bagi tujuan amal tersebut.

Orang ramai masih boleh menghulurkan derma menerusi wadah-wadah seperti talian telefon yang terus dibuka untuk tempoh seminggu lagi sehingga Ahad depan (17 Nov).  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita