Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cabaran Kereta Subaru Mediacorp tarik hampir 400 peserta

Edisi ke-17 Cabaran Kereta Subaru Mediacorp bermula pada Sabtu (27 Okt) di Ngee Ann Civic Plaza, disertai beratus-ratus peserta yang menaruh harapan memenangi sebuah kereta baru Subaru.

Anggaran Waktu Membaca:
Cabaran Kereta Subaru Mediacorp tarik hampir 400 peserta

Para peserta Cabaran Kereta Subaru Mediacorp 2018, yang diadakan di Ngee Ann Civic Plaza.

Diterbitkan : 28 Oct 2018 05:19PM Dikemas Kini : 28 Oct 2018 05:23PM

SINGAPURA: Edisi ke-17 Cabaran Kereta Subaru Mediacorp bermula pada Sabtu (27 Okt) di Ngee Ann Civic Plaza, disertai beratus-ratus peserta yang menaruh harapan memenangi sebuah kereta baru Subaru.

Hampir 400 orang menyertai cabaran ketahanan diri itu, yang bermula pada pukul 1.00 tengah hari. Bagaimanapun cuaca panas dan kering menyebabkan lebih 100 peserta tersingkir daripada pertandingan tersebut, meninggalkan hanya 221 peserta setakat 10.00 malam semalam (27 Okt).

Pemenang tahun lalu berjaya bertahan selama 74 jam.

Pemenang Cabaran Kereta Subaru Mediacorp tahun ini berpeluang membawa pulang sebuah kereta Subaru XV 2.0i-S bernilai lebih S$70,000. 

Sekiranya pemenang tersebut berjaya mengatasi rekod 82 jam dan 16 minit yang dicatatkan pada 2014, beliau juga akan memenangi Sijil Hak Milik (COE) kenderaan tersebut.

Untuk memecahkan rekod itu, peserta tahun ini harus mengekalkan tapak tangan di permukaan kereta sehingga melepasi 11.00 malam pada Selasa (30 Okt).

Sementara itu, dalam Cabaran Pasukan, kumpulan lima anggota yang mencatatkan tempoh masa gabungan tertinggi boleh memenangi S$1,000.

Cabaran Amal Mediacorp turut diadakan di samping acara utama itu, yang mana para selebriti Mediacorp akan bersaing antara satu sama lain untuk mengumpul dana bagi para penerima dana President's Star Challenge. 

Sumber : CNA/AI/ai

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa