Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cabaran keluarga tidak hambat 2 pelajar madrasah ini raih keputusan baik GCE O

Sekitar 330 pelajar madrasah menduduki peperiksaan Peringkat GCE O tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sekitar 330 pelajar madrasah menduduki peperiksaan Peringkat GCE O tahun lalu.

BERITAmediacorp menemui dua pelajar yang tabah mengharungi cabaran keluarga untuk mencatat kejayaan.

AHMAD FARIS ULANG KAJI DARI 1.00 PAGI HINGGA SUBUH

Walaupun harus mengimbangi pelajaran ukhrawi dan akademik, anak ketujuh daripada 10 adik-beradik ini tetap tekun melakukan kerja rumah dan mengajar adik-beradiknya demi meringankan beban ayahnya sebagai pencari nafkah tunggal.

Ini meskipun Ahmad Faris Abdul Latteef harus cepat menangkap pelajaran selepas bertukar dari sekolah sekular dan aktif mewakili madrasahnya dalam pelbagai pertandingan sukan di luar darjah.

Berkat bijak mengatur masa, pelajar Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah tersebut berjaya memperoleh keputusan satu A, satu B dan satu Kepujian.

"Ramai adik-beradik di rumah, jadi selalunya saya akan mula belajar selepas sudah pagi, kirakan 1.00 atau 2.00 pagi. Kemudian belajar sampai ke subuh baru pergi ke sekolah," kongsi Ahmad Faris tentang jadualnya.

FATTURRAHMAN MAHU BANGGAKAN IBU SELEPAS KEHILANGAN BAPA

Fathurrahman Mohamed Yazid. (Gambar: BERITAmediacorp)

Bagi Fathurrahman Mohamed Yazid, kesempitan hidup yang dialaminya tidak melemahkan semangat beliau untuk mencatat kejayaan.

Sebaliknya, ia mendorong beliau untuk bekerja keras dan membanggakan ibunya.

Bapa Fathurrahman meninggal dunia lima tahun lalu dan ibunya pula tidak bekerja.

Anak bongsu empat beradik ini berjaya meraih 3 B dan satu Kepujian.

"Ibu saya dipaksa mengambil tugasan sebagai seorang bapa dan seorang emak dan saya rasa itu agak mencabar untuk dia, jadi untuk saya, saya sebagai anak sepatutnya melakukan yang terbaik," jelas Fatthurrahman.

Pelajar madrasah terbaik tahun ini, Sukainah Sulaiman dari Madrasah Aljunied Al-Islamiah meraih 7 gred A1 dan satu gred A2. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan