CAAS, NEA tubuh program tangani kesan perubahan corak cuaca terhadap penerbangan
Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) melancarkan satu program kebangsaan untuk menangani kesan cuaca terhadap penerbangan dengan mengukuhkan keupayaan meteorologi penerbangan negara dan kerjasama serantau.
Anggaran Waktu Membaca:
- Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) melancarkan satu program kebangsaan untuk menangani kesan cuaca terhadap penerbangan dengan mengukuhkan keupayaan meteorologi penerbangan negara dan kerjasama serantau.
- Program Meteorologi Penerbangan berbilang disiplin itu akan menghimpunkan para pakar dalam bidang penerbangan dan meteorologi, serta syarikat-syarikat dan kesatuan-kesatuan dalam sektor penerbangan.
- Program itu akan memberi tumpuan kepada lima bidang utama, masing-masing menangani fenomena cuaca kritikal yang menjejaskan operasi penerbangan di Singapura dan rantau ini.
- CAAS dan NEA turut menyatakan kerjasama serantau diperlukan untuk mengurangkan kesan perubahan corak cuaca terhadap operasi penerbangan secara berkesan kerana ia melangkaui sempadan geografi.
SINGAPURA: Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) melancarkan satu program kebangsaan untuk menangani kesan cuaca terhadap penerbangan dengan mengukuhkan keupayaan meteorologi penerbangan negara dan kerjasama serantau.
Inisiatif itu diperkenalkan sedang corak cuaca global menyebabkan lebih banyak penerbangan dilengahkan dan dilencongkan, gangguan terhadap operasi lapangan terbang, pergolakan udara dan isu-isu keselamatan penerbangan lain di seluruh dunia, menurut kedua-dua agensi itu dalam satu kenyataan media bersama pada Selasa (9 Dis).
Program Meteorologi Penerbangan berbilang disiplin itu akan menghimpunkan para pakar dalam bidang penerbangan dan meteorologi, serta syarikat-syarikat dan kesatuan-kesatuan dalam sektor penerbangan.
Ia bertujuan membangunkan keupayaan dalam kajian dan pengembangan (R&D) serta operasi-operasi untuk meningkatkan ramalan, mitigasi dan pengurusan kesan cuaca terhadap kawalan trafik udara, syarikat-syarikat penerbangan dan operasi-operasi lapangan terbang, menurut agensi tersebut.
Program itu akan memberi tumpuan kepada lima bidang utama, masing-masing menangani fenomena cuaca kritikal yang menjejaskan operasi penerbangan di Singapura dan rantau ini.
Lima bidang utama itu adalah kilat, pergolakan udara, cuaca konvektif, angin permukaan dan jejak pemeluwapan (contrails).
Sebuah jawatankuasa pemandu turut ditubuhkan untuk menerajui program berkenaan.
Jawatankuasa itu dipengerusikan bersama oleh ketua pengarah CAAS, Han Kok Juan, dan Ketua Pegawai Eksekutif NEA, Wong Kang Jet.
Anggota-anggota lain terdiri daripada wakil kanan Kumpulan Lapangan Terbang Changi, Singapore Airlines, SIA Engineering Company, SATS, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan International Centre for Aviation Innovation (ICAI).
CAAS dan NEA turut menyatakan kerjasama serantau diperlukan untuk mengurangkan kesan perubahan corak cuaca terhadap operasi penerbangan secara berkesan kerana ia melangkaui sempadan geografi.
Bagi menyokong usaha tersebut, kedua-dua agensi memulakan usaha dan menandatangani surat hasrat di Hong Kong pada Isnin (8 Dis) untuk bekerjasama dengan enam lagi penyedia perkhidmatan mengemudi udara dan perkhidmatan meteorologi, Civil Air Navigation Services Organisation serta ICAI dalam R&D, pembangunan keupayaan dan perkongsian data.
“Perubahan corak cuaca menjejaskan operasi penerbangan di seluruh dunia, termasuk di Singapura,” kata Encik Han.
“Kami memandang serius perkara ini dan mengambil langkah konkrit untuk menanganinya menerusi penggunaan teknologi dengan lebih berkesan, termasuk kecerdasan buatan (AI), penyepaduan kepakaran penerbangan dan meteorologi nasional, serta kerjasama serantau.”
Cik Koh Li-Na, ketua pengarah Jabatan Kaji Cuaca Singapura di bawah NEA berkata agensinya mengalu-alukan inisiatif tersebut, yang akan menyediakan peluang bagi penyedia perkhidmatan meteorologi untuk meningkatkan kebolehramalan sistem cuaca di rantau ini dan menyesuaikan penghuraian untuk menyokong pihak berkepentingan dalam industri penerbangan.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.