Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CAAS larang aktiviti udara dari 29 Sep hingga 3 Okt semasa perlumbaan F1 S'pura

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) akan menetapkan Kawasan Larangan Sementara (TRA) di beberapa tempat di Singapura antara 29 September dengan 3 Oktober semasa perlumbaan Formula One (F1) sedang berlangsung.

Ini bagi menjaga keselamatan orang ramai dan memberi ruang kepada helikopter yang terbang rendah untuk membuat liputan dari udara bagi acara tersebut, menurut CAAS dalam kenyataan medianya pada Rabu (21 Sep).

Grand Prix Singapura yang pertama sejak 2019 akan diadakan dari 30 September hingga 2 Oktober selepas ditiadakan buat sementara waktu akibat COVID-19.

Kawasan larangan sementara itu, yang akan ditetapkan di bawah Perintah Pengemudian Udara, akan merangkumi kawasan dari aras tanah hingga 4,000 kaki melepasi purata aras laut.

Larangan itu akan dikuatkuasakan dari 2.00 petang hingga 10.30 malam pada 29 September; 3.30 petang hingga 11.00 malam pada 30 September; 3.00 petang hingga 12.00 tengah malam pada 1 & 2 Oktober dan 3.00 petang hingga 12.30 tengah malam pada 2 & 3 Oktober.

"Semasa tarikh dan masa yang dinyatakan itu, semua kegiatan udara termasuk bermain layang-layang, melepaskan belon dan menerbangkan dron ke dalam dan di dalam kawasan larangan tersebut diharamkan, kecuali permit yang diperlukan sudah diperolehi daripada CAAS," menurut penguasa itu.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan