CAAS lancar inisiatif S$200 juta pikat dan kekalkan tenaga kerja industri penerbangan SG
Kira-kira satu pertiga daripada 60,000 pekerjaan dalam sektor penerbangan berisiko digantikan oleh AI.
Menteri Negara Kanan Pengangkutan merangkap Pembangunan Negara Sun Xueling menyampaikan ucapan pembukaan di Pameran Kerjaya dan Pendidikan OneAviation 2025 di Pusat Konvensyen Suntec City pada 18 Julai 2025. (Gambar: CAAS)
Demikian menurut laporan terbaharu oleh penguasa penerbangan dan Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG)..
Lantaran itu, Singapura sedang meningkatkan usaha memupuk bakat dan meningkatkan kemahiran tenaga kerjanya dalam bidang ini.
Operasi pengendalian bagasi misalnya sekarang dijalankan secara manual.
Namun ia bakal berubah tidak lama lagi.
Kenderaan tanpa pemandu semakin bersedia untuk mengambil alih dengan penggunaan AI dan automasi mungkin mengurangkan lebih banyak lagi tenaga pekerja.
Malah SATS juga sudah mula mereka semula pekerjaan dan merancang mengambil lebih 500 pekerja baru tahun ini.
Ini termasuk peranan dalam khidmat penumpang dan keselamatan, dengan tumpuan kepada kemahiran teknikal.
Ini berikutan laporan sehingga 30 peratus pekerjaan sektor penerbangan akan direka semula dalam tempoh lima tahun akan datang, sedang pendigitalan mengubah proses-proses manual yang intensif.
Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) akan melancarkan inisiatif S$200 juta untuk menarik, membangunkan, dan mengekalkan pekerja penerbangan dengan lebih baik.
Perjanjian juga dimeterai dengan sembilan institusi pendidikan bagi menawarkan kursus-kursus yang lebih tertumpu kepada industri.
"Transformasi ini memberi peluang kepada pengendali peralatan di tapak udara dan pemandu kita untuk mengambil peranan baru dengan gaji dan prospek yang lebih baik seperti penyeliaan jarak jauh dan pemantauan armada kenderaan," kata Menteri Negara Kanan Pengangkutan, Sun Xueling.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.