Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CAAS akan jalankan tinjauan tenaga kerja bagi seluruh sektor penerbangan

Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) akan menjalankan sebuah tinjauan tenaga kerja bagi seluruh sektor penerbangan dalam beberapa bulan mendatang.

Anggaran Waktu Membaca:
CAAS akan jalankan tinjauan tenaga kerja bagi seluruh sektor penerbangan

(Gambar: Changi Airport Group)

SINGAPURA: Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) akan menjalankan sebuah tinjauan tenaga kerja bagi seluruh sektor penerbangan dalam beberapa bulan mendatang.

Hasil tinjauan itu akan bantu melakarkan pelan jangka panjang untuk melengkapi para pekerja penerbangan dengan kemahiran yang diperlukan.

Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat berkata Singapura perlu terus memastikan terdapat pekerjaan baik dalam sektor itu.

Usaha-usaha tersebut termasuk para kakitangan dalam penerbangan.

"Kami juga ingin memastikan, mengenai kakitangan, bahawa kami memastikan sektor penerbangan menyediakan peluang pertumbuhan dan kemajuan kerana itulah yang dicari oleh pekerja kita dalam kerjaya mereka.

"Dalam sekitaran global yang pantas berubah, industri ini harus mengkaji semula pekerjaan yang ditawarkan supaya kita dapat kekal berdaya saing," kata Dr Chee yang berkata demikian dalam ucapannya sempena Sambutan Tahunan Lapangan Terbang.

Menurutnya, Lapangan Terbang Changi perlu menjadi sebuah sekitaran pekerjaan yang kondusif untuk semua.

Ini termasuk mengingatkan para penumpang supaya menghormati para pekerja dan menyediakan laluan pejalan kaki berbumbung untuk para pekerja kargo.

Acara itu juga mengiktiraf beberapa individu yang menawarkan khidmat penumpang cemerlang pada tahun lalu.

Ini termasuk sebuah syarikat yang menggunakan kaedah maya untuk berkhidmat kepada 40 peratus lagi penumpang dan dalam lebih 20 Bahasa.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan