Butiran peribadi sesetengah pelanggan MoneySmart bocor, disalin tanpa izin
Kebocoran data yang dikesan pada 29 Oktober menjejas sebahagian pelanggan MoneySmart di Singapura dan Hong Kong, menurut syarikat itu. (Gambar: iStock)
- MoneySmart disclosed on Nov 3 that a breach detected on Oct 29 had resulted in data belonging to some customers in Singapore and Hong Kong being copied without permission.
- The affected information included names and email addresses, while customers who claimed rewards may also have had their delivery addresses and application or policy reference numbers exposed.
- Chief Executive Officer Vinod Nair said access had been stopped, systems had been strengthened and the incident had been reported to the authorities, including the PDPC; independent experts are assisting with the investigation.
- MoneySmart is contacting customers and reviewing the cause to prevent a recurrence, while the number of people affected remains unknown; customers have been advised to check transactions and be alert to suspicious messages or calls.
- MoneySmart mendedahkan pada 3 November bahawa pencerobohan yang dikesan pada 29 Oktober menyebabkan data sebahagian pelanggan di Singapura dan Hong Kong disalin tanpa kebenaran.
- Maklumat terjejas termasuk nama dan alamat emel, manakala pelanggan yang menuntut ganjaran mungkin turut terdedah kepada alamat penghantaran serta nombor rujukan permohonan atau polisi.
- Ketua Pegawai Eksekutif Vinod Nair berkata akses telah dihentikan, sistem diperkukuh dan kejadian dilaporkan kepada pihak berkuasa termasuk PDPC; pakar bebas membantu siasatan.
- MoneySmart sedang menghubungi pelanggan dan menyemak punca untuk mencegah kejadian berulang, sementara jumlah mangsa belum diketahui; pelanggan dinasihatkan menyemak transaksi dan berwaspada terhadap mesej atau panggilan mencurigakan.
SINGAPURA: Syarikat khidmat kewangan MoneySmart pada Selasa (3 Nov) mendedahkan bahawa data peribadi sesetengah pelanggannya disalin oleh pihak ketiga tanpa kebenaran dalam satu insiden keselamatan data.
MoneySmart menyatakan bahawa pihaknya mengesan pada 29 Oktober bahawa pihak tidak dibenarkan mengakses beberapa sistem teknologi maklumat (IT) dalamannya.
Siasatan kemudian mengesahkan bahawa sebahagian pelanggan MoneySmart di Singapura dan Hong Kong terjejas akibat kejadian tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif MoneySmart, Vinod Nair, dalam satu kenyataan di laman web syarikat itu berkata akses tanpa kebenaran tersebut segera dihentikan selepas dikesan.
Syarikat itu turut mengambil langkah untuk meningkatkan keselamatan sistemnya bagi mengelakkan pencerobohan lanjut.
Menurut Encik Nair, MoneySmart sudah melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa yang relevan dan mendapatkan khidmat pakar keselamatan siber serta pakar siasatan digital bebas untuk menjalankan siasatan lanjut.
"Saya benar-benar memohon maaf kepada semua yang terjejas. Pelanggan mempercayai kami untuk menjaga maklumat kewangan peribadi mereka dan kami memandang serius terhadap tanggungjawab itu," katanya.
Beliau menambah bahawa MoneySmart sedang menghubungi pelanggan yang terjejas secara langsung untuk memaklumkan jenis data yang terdedah serta langkah yang boleh diambil bagi melindungi diri mereka.
MoneySmart turut memberi jaminan bahawa operasi syarikat berjalan seperti biasa.
"MoneySmart terus beroperasi seperti biasa dan kami komited untuk menyokong pelanggan kami.
"Kami sedang menyemak semua perkara yang membawa kepada insiden ini dan akan membuat perubahan yang diperlukan bagi mengelakkannya daripada berulang," kata Encik Nair.
NAMA, ALAMAT EMEL ANTARA DATA YANG TERJEJAS
Dalam emel yang dihantar kepada pelanggan dan dilihat oleh Mediacorp, MoneySmart menjelaskan bahawa sistem IT dalaman yang diceroboh menyimpan maklumat peribadi pelanggan.
Ini termasuk nama dan alamat emel yang diberikan pelanggan ketika membandingkan atau memohon produk kewangan melalui platform tersebut.
MoneySmart menambah bahawa pelanggan yang pernah mengemukakan tuntutan ganjaran mungkin turut terjejas.
Bagi kumpulan pelanggan itu, maklumat tambahan yang mungkin disalin termasuk alamat penghantaran serta nombor rujukan permohonan atau polisi bagi produk yang dituntut ganjarannya.
Sehubungan itu, MoneySmart menasihatkan pelanggan supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi maklumat dan akaun kewangan mereka.
Antaranya termasuk menyemak penyata kad secara berkala dan segera melaporkan sebarang transaksi yang tidak dikenali kepada bank masing-masing.
Pelanggan juga dinasihatkan supaya berwaspada terhadap mesej berkaitan penghantaran barang atau ganjaran yang meminta mereka mengesahkan maklumat peribadi atau membuat bayaran.
Selain itu, mereka perlu berhati-hati terhadap panggilan telefon, emel dan mesej yang tidak dijangka kerana maklumat yang terdedah mungkin disalahgunakan untuk tujuan penipuan.
JUMLAH PELANGGAN TERJEJAS BELUM DIKETAHUI
MoneySmart menyatakan bahawa pihaknya sudah memaklumkan kejadian tersebut kepada badan kawal selia berkaitan, termasuk Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC).
Mediacorp sudah menghubungi MoneySmart untuk mendapatkan maklumat lanjut, termasuk jumlah pelanggan yang terjejas akibat insiden itu.
Bagaimanapun, sebagai respons, syarikat tersebut hanya mengemukakan semula kenyataan yang diterbitkan di laman webnya.
Kenyataan itu tidak menjawab pertanyaan yang dikemukakan Mediacorp, termasuk mengenai jumlah pelanggan yang terjejas.
Mediacorp turut mendapatkan ulasan daripada PDPC berhubung kejadian tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.