Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Butiran peribadi pelanggan Starbucks bocor

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Sep 2022 06:54PM Dikemas Kini : 16 Sep 2022 08:50PM
SINGAPURA: Kebocoran data peribadi pelanggan Starbucks Singapore menjejas program ganjaran bagi para anggotanya.

Dalam emel yang dihantar kepada para pelanggannya pada Jumaat (16 Sep), Starbucks menyatakan pihaknya mengesan 'beberapa akses yang tidak dibenarkan' seperti nama, jantina, tarikh lahir, nombor telefon bimbit, alamat emel dan alamat kediaman para pelanggannya.

"Memandangkan Starbucks Singapore tidak menyimpan maklumat kad kredit mengikut amalan data keselamatan kami, maka tiada kad kredit pelanggan yang terjejas," tambah Starbucks Singapore.

Starbucks turut menyatakan bahawa pihaknya sudah melaksanakan langkah-langkah tambahan untuk melindungi maklumat pelanggan sambil menambah bahawa semua nilai, ganjaran dan kredit yang disimpan dalam program ganjarannya tidak terjejas.

Meskipun kata laluan para pelanggan tidak terjejas, syarikat itu menasihatkan para pelanggan untuk menetapkan semula kata laluan mereka dengan segera.

"Kami ingin menekankan bahawa Starbucks tidak akan meminta sebarang maklumat peribadi atau butiran mengenak keahlian anda dan kami tidak akan menghantar sebarang pautan URL bagi permintaan sedemikian. Terus berwaspada dan jangan mengongsi butiran peribadi anda sekiranya anda menerima pemberitahuan seumpama itu," menurut syarikat tersebut.

Mediacorp sudah menghubungi Starbucks Singapore untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan