Skip to main content

Singapura

Butiran peranti pantau kelajuan lori dikongsi lewat 2023

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Jul 2023 07:17PM Dikemas Kini : 06 Jul 2023 10:04PM
SINGAPURA: Butiran mengenai peranti yang diwajibkan bagi memantau had kelajuan lori-lori tertentu akan dikongsikan pada lewat tahun ini.

Langkah yang diumumkan pada Mac lalu itu menjejas lori engan berat termasuk muatan melebihi 3,500 kilogram.

Langkah baru itu bertujuan memastikan keselamatan para pekerja hijrahan apabila mereka menaiki kenderaan sedemikian.

Ini menyusuli rentetan kemalangan maut yang melibatkan lori yang membawa pekerja hijrahan.

Anggota Parlimen Parti Pekerja Leon Perera menekankan betapa isu itu diketengahkan tepat pada masanya untuk menjaga keselamatan jalan raya.

Dalam jawapannya, Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Dr Faishal Ibrahim menjelaskan mengapa prosesnya mengambil masa lebih lama.

Beliau berkata: "Polis trafik sedang bekerjasama dengan pihak berkepentingan industri untuk menilai alat pengehad kelajuan berbeza bagi melakarkan rancangan pelaksanaannya.

"Pihak berkepentingan industri sudahpun memberikan maklum balas bahawa ia akan mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan semula produk mereka bagi memenuhi syarat-syarat kami dan menjalankan ujian teknikal demi memastikan ia andal dari segi keselamatan dan di jalan raya. Industri juga akan memerlukan masa untuk meningkatkan bekalan dan memastikan ada jumlah ejen berwenang yang cukup untuk memasang peranti-peranti ini."
Sumber : CNA/FZ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita