Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Butik mewah Marina Bay Sands, Ion Orchard dikunjungi kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit

Beberapa butik mewah di Marina Bay Sands dan pusat beli-belah Ion Orchard masuk ke dalam senarai tempat yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit.

Anggaran Waktu Membaca:
Butik mewah Marina Bay Sands, Ion Orchard dikunjungi kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit

Marina Bay Sands (kiri) dan Ion Orchard. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 10 Jun 2021 07:32AM Dikemas Kini : 10 Jun 2021 07:33AM

SINGAPURA: Beberapa butik mewah di Marina Bay Sands dan pusat beli-belah Ion Orchard masuk ke dalam senarai tempat yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit.

Dalam kemas kini kedua berhubung keadaan koronavirus di negara ini, Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan pada Rabu (9 Jun) bahawa indidvidu-individu yang terjangkit virus tersebut mengunjungi tempat-tempat tersebut pada waktu-waktu seperti yang tertera dalam senarai berikut:

(Gambar: MOH)

Menurut MOH, pihaknya sudah memaklumkan mereka yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kes-kes yang disahkan.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berada di tempat-tempat itu pada masa yang disenaraikan harus memantau kesihatan mereka dengan teliti selama dua minggu dari tarikh kunjungan mereka," tambah MOH.

"Mereka harus segera berjumpa doktor jika mereka mengalami gejala jangkitan pernafasan akut (seperti batuk, sakit tekak dan selesema) serta demam dan hilang deria rasa atau bau dan memberitahu doktor mengenai sejarah pendedahan mereka kepada virus tersebut."

MOH menambah orang ramai juga boleh mengakses khidmat periksa sendiri padanan lokasi SafeEntry menerusi aplikasi TraceTogether, SingPass Mobile atau melalui lelaman https://wereyouthere.safeentry.gov.sg untuk memeriksa sama ada mereka berada di tempat-tempat tersebut pada waktu yang tertera, berdasarkan rekod SafeEntry mereka sendiri.

Orang ramai tidak perlu mengelakkan tempat-tempat yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19, tambah kementerian itu. 

Sumber : Today/FZ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan