Skip to main content

Singapura

Busa ditemui pada panel tembok flat Ubi 'diluluskan & selamat'

Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menjelaskan bahawa busa yang ditemui antara panel-panel tembok di sebuah flat HDB di Ubi adalah busa polietilena yang dibenarkan untuk digunakan bagi kerja-kerja binaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Busa ditemui pada panel tembok flat Ubi 'diluluskan & selamat'

(Gambar: Facebook/Complaint Singapore)

SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menjelaskan bahawa busa yang ditemui antara panel-panel tembok di sebuah flat HDB di Ubi adalah busa polietilena yang dibenarkan untuk digunakan bagi kerja-kerja binaan.

"HDB sedia maklum mengenai video yang tular online mengenai busa yang ditemui antara panel-panel tembok di sebuah flat HDB di Ubi," dedah HDB.

Rakaman video selama 14 saat itu, dimuat naik ke laman Facebook Complaint Singapore pada 13 April yang menunjukkan sebuah tembok yang dirobohkan dan suara seorang lelaki yang mendakwa kononnya tembok bilik tandas itu "diisi dengan styrofoam".

Kapsyen pada video itu juga menyatakan bahawa video itu dirakam di sebuah flat HDB di Ubi.

Video itu mendapat lebih 400 tanda 'suka', memperolehi 120 komen dan dikongsi 420 kali setakat 15 April.

Menurut HDB: "Busa polietilina diletakkan antara dua lapisan mortar bersimen dan diperkukuhkan menggunakan jaring dawai untuk membentuk sebuah panel tembok."

Busa itu mempunyai ciri penebat haba dan bunyi yang baik dan panel sedemikian tidak menjejas keselamatan struktur sesebuah bangunan kerana ia digunakan sebagai tembok pembahagi dalaman, tambah HDB.

Namun, meskipun panel tembok dengan busa polietilina sedemikian masih digunakan dalam kerja-kerja binaan di luar negara, panel seumpama itu tidak lagi digunakan bagi flat-flat HDB sekarang, menurut HDB.

"Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, sedang HDB terus melaksanakan idea-idea dan teknologi baru untuk meningkatkan mutu flat-flat kita, panel sedemikian digantikan dengan panel konkrit yang lebih ringan atau 'drywall' di flat-flat yang baru," menurut HDB.

"Tembok-tembok ini mengandungi bahan pelembap bunyi yang berupaya mengurangkan bunyi bising dan ia juga menawarkan penebat bunyi yang baik dan dapat untuk mengurangkan bunyi yang datang dari bilik-bilik lain."

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita