Burung nuri 'bertandang' ke Choa Chu Kang
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: James Teiw)
SINGAPURA: Penduduk di Choa Chu Kang sering menyaksikan pemandangan yang luar dari kebiasaan pada lewat petang.
Bukannya bunyi geseran daun ditiup angin dapat didengar, tetapi kicauan lebih burung memecahkan keheningan di situ.
Berselindung di sebalik daun-daun pokok, kumpulan lebih 70 burung nuri hijau jenis dada merah ibarat mangga yang berwarna hijau kemerah-merahan.
Jenis burung nuri itu diperkenalkan di Singapura pada tahun-tahun 1940-an sebagai haiwan peliharaan, menurut Lembaga Taman Negara (NParks).
Namun ia sama ada dilepaskan pemiliknya atau berjaya melepaskan diri di mana jumlahnya semakin meningkat, menurut sebilangan pakar kepada Mediacorp.
Terkenal dengan warna bulunya yang hijau dan dada berwarna merah jambu atau kemerah-merahan, burung-burung itu memakan buah-buahan dan bijiran serta membiak di dalam rongga pokok.
Ia banyak didapati di taman, kebun dan semak di merata Singapura.
Kadang-kala juga, ia berkumpul di kawasan bandar seperti Clementi dan Choa Chu Kang.
Pesara James Teiw, berjaya memetik gambar sekumpulan burung nuri itu bertenggek di atas pokok pada Isnin (10 Jul) sekitar jam 8 malam. Beliau memuatnaik gambar itu di kumpulan Facebook Singapore Wildlife Sightings di mana ia menerima lebih 8,000 reaksi.
Encik Tiew, 60 tahun, memberitahu Mediacorp beliau gemar mengambil angin pada waktu petang dengan harapan dapat melihat burung-burung itu.
"Saya tinggal di Choa Chu Kang, berhampiran dengan tempat burung-burung itu berkumpul pada waktu senja, jadi saya sering dapat peluang menemuinya, kata beliau.
Sejak itu, Encik Tiew telah memuatnaik beberapa lagi gambar dan video burung tersebut.
Jumlah burung nuri jenis dada merah di Singapura semakin meningkat sejak dua dekad lalu, menurut kumpulan pencinta burung Persatuan Alam Semula Jadi Singapura (NSS) yang menjejaki jumlah tersebut.
Tempat berkumpul burung nuri itu di Clementi dan Choa Chu Kang memang sudah dipantau kumpulan itu, yang mula merakamkan jumlah burung itu pada 2011.
Mereka mendapati jumlah burung nuri itu sudah mengatasi jenis burung nuri tempatan yang berekor panjang.
Sekurang-kurangnya 329 burung nuri dada merah dikira tahun itu, menyumbang kepada 64.5 peratus daripada semua burung kakak tua yang dicatatkan.
Tahun ini, sukarelawan menemui sekitar 700 burung nuri dada merah di Choa Chu Kang, 91 di Clementi dan 14 di Yishun, kata penyelaras kiraan burung NSS, Yong Ding Li, yang mengarang bersama laporan 2012 itu.
Burung nuri dada merah berasal dari Thailand dan wilayah Indochina, yang mempunyai iklim yang serupa Singapura.
"Memandangkan persekitarannyasesuai, ia boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran bandar. Ia akan membina sarang di lubang pokok yang dekat dengan estet perumahan kita malah bersaing dengan burung kakak tua yang lebih besar," kata pengerusi kumpulan burung NSS, Encik Tan Gim Cheong.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, NParks berkata ia menerima 79 kes maklum balas mengenai burung nuri antara 2020 hingga 2022. Kira-kira separuh daripadanya melibatkan haiwan yang perlu diselamatkan.
NParks mengingatkan orang ramai agar jangan tidak melepaskan haiwan atau haiwan peliharaan ke kawasan liar. Tambahnya melepaskan haiwan ke hutan simpanan atau terusan air yang mengalir ke dalam atau melalui hutan simpanan adalah satu kesalahan.

Sumber : CNA/AT/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.