Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bunyi mercun sambut River Hongbao di Taman di Persisiran

Anggaran Waktu Membaca:
Bunyi mercun sambut River Hongbao di Taman di Persisiran

Gambar: Mediacorp

Diterbitkan : 12 Jan 2024 08:40AM Dikemas Kini : 12 Jan 2024 08:42AM
SINGAPURA: Acara menyambut Tahun Baru Cina di Taman di Persisiran akan menampilkan bunyi mercun buat pertama kalinya.

Bermula pada 8 Februari, acara River Hongbao tahun ini turut memaparkan pelbagai bahan pameran dan persembahan secara langsung.

Sempena tahun naga mengikut kalendar Cina, seekor naga sepanjang 140 meter akan menyambut pengunjung bersama 30 set mercun yang akan dinyalakan pada tiga malam pertama acara itu.

Beberapa penghibur dari China dan Taiwan juga akan berada di atas pentas.

Sebelum pandemik COVID-19, acara itu pernah menarik kira-kira sejuta pengunjung.

Tahun ini, pihak penganjur berharap jumlah pengunjung yang sama dapat dicapai sepanjang acara itu.

Taman di Persisiran juga akan menempatkan lebih ramai kakitangan keselamatan dan barisan hadapan serta sukarelawan semasa acara itu untuk menguruskan dan memastikan keselamatan pengunjung.

"Kami sebenarnya akan mengerah lebih banyak tenaga kerja untuk memastikan aliran trafik sentiasa lancar dan pada tahap yang sangat selamat supaya semua orang boleh menikmati malam yang selesa dan menyeronokkan," kata Linda Tay, Pengarah Kanan Perancangan, Taman di Persisiran.
Sumber : CNA/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan