Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bunyi bising bacaan mantera belenggu penduduk di Compassvale Drive

Anggaran Waktu Membaca:
Bunyi bising bacaan mantera belenggu penduduk di Compassvale Drive

Sebilangan penduduk di Blok 201C, Compassvale Drive dibelenggu dengan bunyi bacaan mantera dan ketukan yang boleh didengar berminggu-minggu lamanya. (Gambar: CNA/Davina Tham)


SINGAPURA: Sejak awal tahun ini, sebilangan penduduk di Compassvale Drive dibelenggu dengan bunyi bacaan mantera dan ketukan yang boleh didengar sepanjang waktu siang dan malam.

Bunyi itu, disifatkan oleh penduduk sebagai rakaman audio bacaan mantera sutra dan ketukan pada "ikan kayu" - iaitu alat upacara yang digunakan oleh para penganut Buddha.

Namun ia tidak kedengaran ketika Mediacorp melawat flat-flat tersebut pada pagi Isnin (30 Jan).

Sekalipun demikian beberapa penduduk berkata mereka mendengar bunyi tersebut selama berminggu-minggu dan yang terbaru adalah pada Ahad (29 Jan).

Kebanyakan mereka yang terjejas tinggal di flat hujung Blok 201C, Compassvale Drive.

Seorang penduduk di tingkat 11 yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Choo, berkata bunyi bising itu kedengaran di rumahnya sepanjang waktu siang dan malam dan "sangat kuat".

Satu notis bertulisan tangan tanpa tandatangan yang menyeru agar bunyi bising itu dihentikan dilekatkan pada dinding berhampiran lobi lif tingkat bawah, semasa Mediacorp melawat.

Notis itu tertera mesej: Bertimbang rasa kepada jiran tetangga anda dan kurangkan bunyi bising atau tutup tingkap anda.

Mediacorp sudahpun menghubungi Majlis Bandaran Sengkang untuk mendapatkan komen.
Sumber : CNA/LL/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan