Skip to main content

Singapura

Bunuh bapa angkat di Sengkang: Reman wanita dilanjutkan 3 minggu lagi

Anggaran Waktu Membaca:
Bunuh bapa angkat di Sengkang: Reman wanita dilanjutkan 3 minggu lagi

(Gambar: Leonard Leong/TODAY)

Diterbitkan : 23 Dec 2022 12:25PM
SINGAPURA: Seorang wanita, 31 tahun, yang didakwa membunuh bapa angkatnya di rumah mereka di Sengkang pada November lalu, akan ditahan reman untuk tiga minggu lagi bagi penilaian psikiatrik.

Ia merupakan kali kedua tempoh tahanan reman Tan Qiu Yan dilanjutkan.
Tan hadir di mahkamah melalui persidangan video pada Jumaat (23 Dis), dan dilihat mengangguk ketika jurubahasa mahkamah menterjemahkan tempoh lanjutan tahanan reman itu kepadanya dalam bahasa Mandarin.

Tan didakwa membunuh bapa angkatnya, Tan Ah Bang, 67 tahun, di sebuah unit flat di tingkat 15 di Blok 190A Rivervale Drive antara pukul 8.00 malam pada 3 November dengan pukul 5.25 pagi pada 4 November.

Pegawai polis dimaklumkan mengenai kejadian tersebut sekitar pukul 5.30 pagi pada 4 November dan mendapati mangsa terkulai di dalam flat berkenaan, dengan pelbagai kesan cedera.

Dia ditahan reman sejak 11 November lalu bagi pemerhatian psikiatrik.

Pada 2 Disember, tempoh tahanan remannya dilanjutkan kepada tiga minggu, bagi pemerhatian psikiatrik.

Dia akan kembali ke mahkamah pada 13 Januari 2023.

Jika didapati bersalah atas kesalahan membunuh, Tan boleh dijatuhi hukuman mati.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita