Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bunuh bapa angkat di Sengkang: Reman wanita dilanjutkan 3 minggu

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Wanita 31 tahun yang didakwa membunuh bapa angkatnya di rumah mereka di Sengkang akan ditahan reman lagi tiga minggu bagi pemerhatian psikiatrik.

Tan Qiu Yan hadir di mahkamah melalui pautan video pada Jumaat (2 Dis) and kelihatan tenang sepanjang perbicaraan.

Dia ditahan reman sejak 11 November bagi pemerhatian psikatrik.

Tan dituduh membunuh bapa angkatnya, Tan Ah Bang, 67 tahun, di sebuah unit flat di tingkat 15 di Blok 190A Rivervale Drive antara pukul 8.00 malam pada 3 November dengan pukul 5.25 pagi pada 4 November.

<< Baca: Wanita didakwa bunuh bapa di Sengkang >>

Tan akan kembali ke mahkamah pada 23 Disember.

Jika disabit kesalahan kerana membunuh, Tan boleh dijatuhi hukuman mati.
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan