Skip to main content

Singapura

Bungkusan kuih bulan sukar dikitar semula dan merosakkan alam sekitar, kata pakar

Pada setiap Pesta Pertengahan Musim Luruh atau Pesta Bulan, ramai orang di Singapura yang membeli dan menghadiahkan kuih bulan atau 'mooncake' untuk meraikannya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Bungkusan kuih bulan sukar dikitar semula dan merosakkan alam sekitar, kata pakar

(Gambar fail: Ang Hwee Min)

Diterbitkan : 27 Aug 2019 11:49AM Dikemas Kini : 27 Aug 2019 11:52AM

SINGAPURA: Pada setiap Pesta Pertengahan Musim Luruh atau Pesta Bulan, ramai orang di Singapura yang membeli dan menghadiahkan kuih bulan atau 'mooncake' untuk meraikannya. Kebanyakan kuih bulan ini dimasukkan ke dalam kotak-kotak yang direka cantik dan berwarna-warni.

Saban tahun, bungkusan kuih bulan kelihatan lebih mewah. Bagaimanapun sedang para penjual bersaing untuk menarik para pelanggan dengan menawarkan rekaan-rekaan kotak yang lebih menarik, ia sekali gus mengakibatkan pembaziran yang membawa kesan tidak diingini terhadap alam sekitar, kata para pakar.

Sekitar 40 peratus daripada bungkusan-bungkusan ini tidak perlu dan membazir, kata ketua pensijilan alam sekitar di Majlis Alam Sekitar Singapura (SEC), Encik Liow Chean Siang.

Beliau menambah: "Sejak beberapa tahun ini, bungkusan kuih bulan semakin cantik, menyebabkan lebih banyak kertas dan plastik digunakan. Selain itu lebih banyak plastik dan kertas digunakan di dalam bahagian dalam kotak itu untuk memastikan setiap kuih bulan disimpan dengan baik, agar tidak rosak semasa ia dihantar.

Seorang jurucakap dari Tay Paper Recycling memberitahu Mediacorp bahawa pihaknya menerima sekitar lima tan sisa kertas dan kadbod daripada kotak-kotak kuih bulan setiap tahun. Tay Paper Recycling adalah antara syarikat pengitaran semula kertas yang utama di Singapura.

Beliau menambah bahawa kotak-kotak kuih bulan itu sukar untuk dikitar semula kerana ia sudah dilapiskan dengan plastik. "Lazimnya kami tidak menerimanya. Tidak banyak yang boleh dilakukan selain hanya membakarnya."

Setiap tan kertas yang digunakan adalah bersamaan dengan 17 pokok, kata Encik Liow.

Para penjual kuih bulan mengaku bahawa bungkusan kuih bulan boleh dibuat dengan cara yang lebih mesra alam, tetapi juga menekankan pentingnya rekaan dan keselamatan makanan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita