Skip to main content

Singapura

Bungkusan bijak ciptaan NTU & Universiti Harvard ini boleh lanjutkan jangka hayat makanan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Bagaimana jika buah boleh bertahan lebih lama, tambahan dua hingga tiga hari lagi?

Para saintis Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Universiti Harvard berjaya mencipta bungkusan bijak antimikrob untuk makanan.

Dihasilkan daripada protein jagung, bungkusan tersebut akan melepaskan bahan antimikrob semula jadi, jika ada kelembapan atau kehadiran bakteria.

Ini membantu melanjutkan jangka hayat makanan serta mengekalkan rasa asal.

Bungkusan ini boleh digunakan untuk daging mentah, buah serta sayur.

Harganya akan dihadkan kepada satu setengah kali ganda harga plastik biasa.

Ia diharap akan dilancarkan ke pasaran dalam masa dua tahun. 

Sumber : CNA/IQ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita