Bunga daisi Afrika antara pilihan sempena Tahun Baru Cina
Setiap kali menjelangnya Tahun Baru Cina, ramai keluarga membeli bunga dan tanaman dalam pasu untuk menyerikan rumah mereka.
SINGAPURA: Setiap kali menjelangnya Tahun Baru Cina, ramai keluarga membeli bunga dan tanaman dalam pasu untuk menyerikan rumah mereka.
Sebahagian peruncit tidak mahu ketinggalan untuk meraih manfaat itu dengan menjual pokok yang dihias indah.
Pokok-pokok dalam pasu dihias dengan menarik untuk melambangkan tuah dan harapan tahun baru. Penjualnya, Candy Floriculture, menyatakan pokok-pokok itu sangat diminati para pembeli pada musim Tahun Baru Cina sekarang.
Untuk memenuhi cita rasa pelanggan yang lebih luas, para penjual juga mengimport pelbagai jenis tanaman baru. Ini termasuk bunga daisi Afrika yang mudah dijaga dalam iklim Singapura serta buluh bertuah yang diberi sentuhan khas.
Permintaan untuk tumbuh-tumbuhan dijangka terus kukuh dan yang paling popular adalah pokok limau kerana ia melambangkan kemakmuran dan kesejahteraan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.