Bumbung Resorts World Sentosa roboh, 4 cedera
Empat orang cedera selepas bumbung di Resorts World Sentosa (RWS) runtuh pagi tadi (2 Jan).
SINGAPURA: Empat orang cedera selepas bumbung di Resorts World Sentosa (RWS) runtuh pagi tadi (2 Jan).
Mediacorp difahamkan bahawa papan bumbung roboh ketika para pekerja sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan pada siling di kasino. Pekerja-pekerja tersebut cedera.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa ia mendapat tahu tentang kejadian itu pada 10.13 pagi. Tiga orang dikejarkan ke Hospital Besar Singapura dan mereka mengalami kecederaan di kepala, lelasan dan luka.
Mangsa keempat yang cedera dirawat di klinik RWS.
Seorang pengunjung kasino, John berkata bahawa beliau ternampak seorang pekerja yang terjejas dibantu.
"Saya terdengar bunyi yang kuat," kata John yang berusia 30 tahun. "Saya rasa ada seorang yang cedera, namun beliau cedera ringan. Pengawal keselamatan membantunya, tetapi tidak serius. Mungkin beliau terkena hujung papan siling itu."
Ketika Mediacorp ke tempat kejadian tengah hari tadi, terdapat sekurang-kurangnya empat kenderaan polis di luar kasino.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.