Skip to main content

Singapura

Bulan Sturgeon, yang pertama daripada dua 'supermoon' pada Ogos dapat dilihat di SG

Anggaran Waktu Membaca:
Bulan Sturgeon, yang pertama daripada dua 'supermoon' pada Ogos dapat dilihat di SG

Gambar: A Kannan

Diterbitkan : 02 Aug 2023 12:05AM Dikemas Kini : 02 Aug 2023 12:12AM
SINGAPURA: Bulan Sturgeon, iaitu 'supermoon' atau bulan mengambang besar pertama daripada dua 'supermoon' pada Ogos, dilihat di Singapura pada malam Selasa (1 Ogos).

'Supermoon' adalah fenomena yang berlaku apabila orbit bulan berada pada jarak paling dekat dengan Bumi, sekali gus menjadikannya kelihatan lebih besar dan bercahaya berbanding biasa, menurut Balai Cerap Pusat Sains.
Balai cerap itu menambah bahawa Bulan Sturgeon itu adalah "supermoon kedua paling dekat kepada planet kita tahun ini, selepas Bulan Biru itu" - yang akan terbit pada hujung bulan 31 Ogos.

Bulan Sturgeon akan mencapai paras tertingginya di langit pada pukul 1.00 pagi, nyata balai cerap tersebut.

Pembaca CNA A Kannan berpeluang untuk memetik gambar 'supermoon' tersebut dari kawasan Woodlands.

"Yang pertama daripada dua supermoon penuh pada bulan Ogos 2023 menghiasi langit malam ini," ujarnya, sambil menambah bahawa Bulan Sturgeon telah terbit pada kira-kira 7.10 malam.

Encik Kannan menambah bahawa langit pada mulanya mendung dan dia terpaksa menunggu lebih daripada 30 minit untuk bulan kelihatan.
'Supermoon' juga dilihat oleh para pemerhati bintang di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat dan Turki.
 
Anda ketinggalan untuk menyaksikan 'supermoon' ini?

Para pemerhati bintang boleh merebut satu lagi peluang untuk mengalu-alukan 'supermoon' yang kedua, pada hujung bulan ini.

Bulan Biru tersebut, yang dijangka merupakan 'supermoon' paling bercahaya dan dekat dengan Bumi tahun ini, akan terbit pada 31 Ogos pada 7.34 malam dari bahagian timur.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita