Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bulan Raikan Ilmu 2021 galak masyarakat terus tingkatkan diri, perbaiki mutu hidup

 Peluang yang bagaimanakah yang akan anda rebut?

Anggaran Waktu Membaca:
Bulan Raikan Ilmu 2021 galak masyarakat terus tingkatkan diri, perbaiki mutu hidup

Sekitar pengumuman pelan bagi Bulan Raikan Ilmu Tahun ini. (Gambar: Facebook/MENDAKI Singapore)

SINGAPURA: Peluang yang bagaimanakah yang akan anda rebut?

Pertanyaan ini diajukan oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli kepada masyarakat Melayu/Islam dalam catatan Facebooknya pada Sabtu (2 Okt).

Sempena pelancaran Bulan Raikan Ilmu hari ini, Encik Masagos Zulkifli mengajak masyarakat terus mempertingkatkan diri demi memperbaiki mutu kehidupan mereka.

Malah, beliau, bersama Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat dan Timbalan Pengerusi MENDAKI Zaqy Mohamad turut berikrar akan menimba kemahiran digital yang baru semasa merasmikan pelancaran kempen kelolaan Yayasan MENDAKI itu.

"Pendigitalan telah menjadi realiti yang meluas dalam kehidupan seharian kita.

"Saya juga terpaksa mempelajari kemahiran baru - daripada melibatkan diri dalam persidangan maya hinggalah memesan makanan secara dalam talian," tulis Encik Masagos.

Maka itu, beliau berharap seni kata lagu tema Bulan Raikan Ilmu tahun ini akan menjadi pemangkin untuk menggalak masyarakat terus menimba ilmu bagi mempertingkatkan diri.

Khas buat edisi kali ini, lagu yang mendapat sambutan baik tahun lalu disusun semula dengan menerapkan irama alat akordion yang dimainkan oleh penerima Anugerah Belia Harapan Goh Chok Tong 2010, Syafiqah ‘Adha.

Lagu dengan seni kata penuh bermakna itu pula didendangkan oleh penyanyi dan penggubah lagu Amni Musfirah.

Contohnya, dua rangkap ini yang dipetik Encik Masagos dalam catatan Facebooknya:

"Kepalang diri menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan".

Berbekalkan lagu yang dijadikan sebagai perangsang dalam usaha mempertingkatkan diri, Encik Masagos turut mempelawa orang ramai untuk menyertai pelbagai kegiatan Bulan Raikan Ilmu tahun ini.

"Ayuh kita sokong dan sertai beraneka kegiatan Bulan Raikan Ilmu 2021!"

Orang ramai diundang melayari laman www.raikanilmu.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan